Rotation Schedule For the Civil High Courts In Kuala Lumpur

Circular No: 164/2020
Date: 5 December 2020


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

We refer to the above matter and to our Circular No. 163/2020.

We have just received a notification via email from Puan Fatimah Rubi’ah binti Ali, Supervising Deputy Registrar, Civil Division of the Kuala Lumpur High Court on the rotation schedule for Civil High Courts from 7 December until 29 January 2021.

The said notification and rotation schedule is reproduced below for your attention and information.

Kindly take note.

Regards,
Harleen Kaur (Leena)
Nizam Bashir
Co-Chairpersons
KLBC Civil Practice & Court Liaison Committee


YBer. Cik Harleen Kaur,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Emel saya bertarikh 4.12.2020 yang melampirkan Senarai Nama Pegawai Bahagian Sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur digabungkan dengan Jadual Penggiliran Mahkamah bermula 7.1.2020 adalah berkaitan.

3. Sebagaimana dalam makluman puan bahawa bermula 7.12.2020 Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil akan dibuka semula untuk kehadiran pihak-pihak secara fizikal seperti juga mahkamah-mahkamah di bahagian lain di Mahkamah Kuala Lumpur. Operasi mahkamah adalah tertakluk kepada tatacara tertentu terutama tentang penetapan sistem penggiliran persidangan mahkamah secara mingguan, had bilangan pihak-pihak yang boleh hadir dalam mahkamah terbuka dalam satu masa dan prosiding dijalankan mengikut masa berperingkat (“staggered timing”) .

4. Untuk makluman para peguam, walaupun operasi mahkamah secara kehadiran fizikal akan dibuka, prosiding secara dalam talian melalui aplikasi zoom sangat diberi perhatian utama bagi kes-kes yang tidak memerlukan kehadiran fizikal. Pendengaran kes secara dalam talian tidak tertakluk kepada Jadual Penggiliran Mahkamah dan boleh diteruskan mengikut tarikh prosiding yang telah ditetapkan oleh mahkamah. Pembukaan semula mahkamah adalah tertumpu kepada prosiding yang benar-benar memerlukan kehadiran pihak-pihak secara fizikal dan tertakluk kepada Jadual Penggiliran Mahkamah. Para peguam amat dijemput untuk memohon pendengaran secara dalam talian. Permohonan boleh dibuat semasa pengurusan kes secara e-review atau menghantar emel kepada Timbalan Pendaftar bagi mahkamah berkenaan atau secara notis dalam sistem e-filing.

5. Notis makluman akan dikeluarkan oleh mahkamah masing-masing dari semasa ke semasa kepada para peguam berkenaan kes mereka.

6. Bersama-sama ini saya kepilkan semula Jadual Penggiliran Mahkamah Bahagian Sivil bermula 7.1.2020 yang lebih jelas untuk rujukan para peguam.

7. Sekiranya berlaku kekeliruan atau kesamaran di kalangan para peguam tentang kedudukan kes mereka, mereka boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui e-filing system (efs) di pautan https://efs.kehakiman.gov.my/efsweb. Sekiranya tiada maklumat yang diingini diperolehi, mereka boleh menghubungi Timbalan Pendaftar mengikut senarai yang diberikan (senarai disertakan sekali lagi untuk rujukan).

8. Untuk sebarang masalah, pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Bahagian Sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pihak puan boleh sentiasa menghubungi saya secara emel atau telefon pejabat seperti di bawah atau telefon bimbit di talian 012-9186191.

Sekian, terima kasih.

“Berkhidmat untuk Negara”

Saya yang menjalankan amanah,

Fatimah Rubi’ah Ali
Timbalan Pendaftar
Unit Hakim Pengurus (Bahagian Sivil)
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

E-mel : fatimahrubiah@kehakiman.gov.my
No. Tel : 03-62094147

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur