Circular No: 153/2021
Date: 5 July 2021
Friday : 8: 30 am to 12:00 pm
Vivekananda Sukumaran
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee
Tarikh: 4 Julai 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datin / Tuan / Puan,
MAKLUMAN BERKENAAN OPERASI KAUNTER PESURUHJAYA SUMPAH DI MAHKAMAH KUALA LUMPUR UNTUK TEMPOH BERMULA 5 JULAI HINGGA 16 JULAI 2021
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan emel terdahulu bertarikh 1 Julai 2021 adalah berkaitan.
2. Sebagaimana dalam makluman YBhg Datin/tuan/puan, waktu operasi bagi Kaunter Pesuruhjaya Sumpah di Mahkamah Kuala Lumpur semasa Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara telah ditetapkan bermula 8.30 pagi hingga 3.30 petang pada setiap hari.
3. Untuk makluman seterusnya, walaupun Mahkamah Kuala Lumpur tidak tersenarai sebagai lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh Kerajaan bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2021, terdapat ramai pegawai dan kakitangan Mahkamah tinggal di mukim-mukim dan dan lokaliti yang dikenakan PKPD. Mengambilkira keadaan ini dan dalam usaha untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 di Mahkamah, pihak Mahkamah memutuskan untuk mengurangkan waktu operasi Kaunter Pesuruhjaya Sumpah untuk tempoh selama 14 hari bermula 5 hingga 16 Julai 2021.
4. Bersama ini dilampirkan Waktu Operasi Kaunter Pesuruhjaya Sumpah di Mahkamah Kuala Lumpur bagi tempoh 5 hingga 16 Julai 2021. Waktu operasi kaunter-kaunter lain di Mahkamah Kuala Lumpur adalah kekal sebagaimana makluman bertarikh 1 Julai 2021.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19″
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur