Circular No: 140/2021
Date: 22 June 2021
Further to our earlier Notice Circular No: 137/2021 dated 20 June 2021, we have written to PPTG WPKL in order to highlight the short deadline for Members to provide feedback as well as to seek confirmation that there will be no impact to Members of the Kuala Lumpur Bar should there be non-submission of the feedback form.
Kindly be informed that PPTG WPKL has agreed to extend the timeline for submission of the feedback form until Thursday, 24 June 2021 before 4:00pm. Click here for the form and please submit directly to pendaftar@ptgwp.gov.my.
Please also note that the submission of feedback is not mandatory but encouraged, to assist PPTG WPKL for its planning purpose once PPTG WPKL is able to resume operations. The exemption of late penalty which was earlier notified vide Circular No: 133/2021 is still applicable.
For further information, the full email thread between PPTG WPKL and the Corporate & Conveyancing Practice Committee is reproduced below.
Vivekananda Sukumaran
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee
Chairperson
Corporate & Conveyancing Practice Committee
MAKLUMAT URUSAN PERSERAHAN (PRESENTATION) YANG MELIBATKAN SURATCARA (INSTRUMENT) TAMAT PADA 1 JUN 2021 HINGGA 31 JULAI 2021
Selamat sejahtera Ms. Lim Yin Faye,
Terima kasih di atas emel pemakluman pihak puan bertarikh 21 Jun 2021.
2. Memandangkan tempoh masa yang diperuntukkan kepada firma guaman bagi mengemukakan maklumat-maklumat tersebut adalah terhad, PTGWPKL memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa yang baru sehingga Khamis, 24 Jun 2021 sebelum jam 4:00 petang. Untuk makluman data serta feedback yang dipohon PTGWPKL sebelum ini adalah bertujuan untuk membolehkan kami merancang kapasiti dan keperluan perkhidmatan apabila kaunter-kaunter kembali beroperasi kelak. Ianya bukanlah satu perkara yang mandatori untuk dikemukakan.
3. Selain itu, semua pengecualian dan pelanjutan yang telah diberikan seperti yang dinyatakan di dalam emel Jabatan ini bertarikh 14 Jun 2021, adalah secara automatik terpakai kepada semua pihak (samada firma mengemukakan maklumat atau tidak) dan tidak memberi kesan dalam keadaan-keadan berikut:
(a) Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat semasa tempoh PKP 3.0 lockdown. Kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir perserahan.(b) Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh PKP 3.0 lockdown. Kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.
(c) Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat tempoh semasa tempoh PKP 3.0 lockdown diberi lanjutan masa selama Dua (2) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.
(d) Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditetapkan semasa tempoh PKP 3.0 lockdown adalah ditangguhkan. Jabatan ini akan mengeluarkan surat baharu apabila dibenarkan beroperasi semula.4. Diharapkan penjelasan serta pengesahan di perenggan 2 dan 3 di atas dapat menjawab persoalan yang dikemukakan pihak puan.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian
(Deputy Director of Land and Mines)
Sektor Pendaftaran Tanah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3401 | Fax: 03-2610 3490
✉: mohdfirdaus@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my
—— Original Message —— From: noratikah@klbar.org.my To: mohdfirdaus@ptgwp.gov.my Cc: “Faye Lim” ; “Mary” ; “Melissadass (klbar)” Sent: 21/06/2021 19:31:37 Subject: MAKLUMAT URUSAN PERSERAHAN (PRESENTATION) YANG MELIBATKAN SURATCARA (INSTRUMENT) TAMAT PADA 1 JUN 2021 HINGGA 31 JULAI 2021
Tuan,
Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas dan makluman dari emel pihak Tuan pada 18 Jun 2021 (Jumaat) pada pukul 6.38 petang.
2. Untuk pengetahuan pihak Tuan, makluman tersebut telah kami hebahkan kepada para peguam dalam Kuala Lumpur Bar pada Ahad jam 3 petang. Merujuk kepada makluman tersebut, semua para pelanggan/firma-firma guaman diminta untuk mengemukakan maklumat-maklumat perserahan yang melibatkan suratcara-suratcara (instruments) yang tamat tempoh pada 1 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021 selewat-lewatnya sebelum jam 4:00 petang hari ini, bermakna firma-firma guaman hanya diberi masa kurang dari satu hari bekerja untuk mengemukakan maklumat-maklumat perserahan mereka.
3. Oleh itu, pihak kami ingin memohon pengesahan / klarifikasi berikut daripada pihak Tuan:-
(a) Adakah maklumat yang dikemukakan oleh firma guaman selepas jam 4 petang ini akan diterima? Jika ya, apakah tarikh akhir yang patut maklumat tersebut dikemukakan?
(b) Kami difahamkan berdasarkan perenggan 3 emel Tuan bahawa maklumat tersebut diperlukan bagi membolehkan PPTGWPKL merancang kapasiti dan keperluan perkhidmatan. Kami amat menghargai jika boleh mendapat pengesahan bahawa tiada apa-apa kesan / akibat ke atas transaksi-transaksi jika peguam / firma-firma yang memilih untuk tidak mengemukakan maklumat tersebut.
4. Segala kerjasama dan jasa baik Tuan berkenaan perkara ini amatlah kami hargai dan kami dahui dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang benar,
Lim Yin Faye
Pengerusi
Jawatankuasa Amalan Korporat & Konveyansing
Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur
From: Mohd Firdaus Bin Ibaruslan [mailto:mohdfirdaus@ptgwp.gov.my] Sent: Friday, 18 June, 2021 6:38 PM To: scott@malaysianbar.org.my; KL Bar ; Secretariat Selangor Bar Cc: Nor Laili Binti Safiin ; Nurul Kamsiah Hanim Binti Md Yusof ; Umi Khalsum Binti Omar ; Norlina Binti Mohd Mokhtar ; Muhammad Yasir Bin Yahya ; Sunirah Binti Mat Jusoh ; Nor Syahira Binti Muhammad ; Ahmad Fairuz Bin Mohd Yusof ; Ahmad Nazri Bin Md. Nasir Subject: MAKLUMAT URUSAN PERSERAHAN (PRESENTATION) YANG MELIBATKAN SURATCARA (INSTRUMENT) TAMAT PADA 1 JUN 2021 HINGGA 31 JULAI 2021 Importance: High
SIARAN UNTUK EDARAN:
Malaysian Bar Council
Kuala Lumpur Bar
Selangor Bar
MAKLUMAT URUSAN PERSERAHAN (PRESENTATION) YANG MELIBATKAN SURATCARA (INSTRUMENT) TAMAT PADA 1 JUN 2021 HINGGA 31 JULAI 2021
Selamat sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas dan emel pemakluman Pentadbiran ini berkaitan pelanjutan penutupan operasi kaunter di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) sepanjang tempoh PKP 3.0 (Fasa 2 Lockdown) pada 14 Jun 2021 adalah berkaitan.
2. Pentadbiran ini memahami kesukaran yang dihadapi oleh para pelanggan, terutamanya firma-firma guaman berikutan penutupan operasi kaunter di PPTGWPKL sejak 1 Jun 2021 berikutan pematuhan kepada arahan Kerajaan bagi PKP 3.0. Penutupan operasi kaunter ini telah menghalang urusan-urusan perserahan (presentation) yang perlu dilaksanakan di kaunter Bahagian Pendaftaran, memandangkan keperluan perundangan tanah semasa yang mengkehendaki setiap urusan perserahan dikemukakan secara fizikal menggunakan borang-borang berkanun (seperti dikehendaki di dalam Kanun Tanah Negara). Kesan daripada penutupan kaunter ini telah menyebabkan urusan perserahan tidak dapat dibuat dan terdapat suratcara-suratcara (instruments) yang tamat tempohnya antara 1 Jun 2021 hingga tarikh semasa.
3. Justeru, Pentadbiran ini memohon kerjasama daripada semua para pelanggan/firma guaman untuk mengemukakan maklumat-maklumat perserahan yang melibatkan suratcara-suratcara (instruments) yang tamat tempoh pada 1 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021 dengan menggunakan format borang seperti yang dilampirkan. Maklumat ini diperlukan bagi membolehkan Pentadbiran ini merancang kapasiti dan keperluan perkhidmatan apabila PPTGWPKL dibenarkan untuk beroperasi kembali dalam tempoh terdekat.
4. Para pelanggan/firma guaman dikehendaki untuk mengemukakan maklumat yang diperlukan ini secara email di alamat pendaftar@ptgwp.gov.my selewat-lewatnya sebelum jam 4:00 petang, Isnin 21 Jun 2021 bagi membolehkan penyelarasan dan tindakan lanjut dibuat oleh Pentadbiran ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini boleh turut diajukan di dalam email berkenaan.
5. Di atas perhatian dan kerjasama lanjut semua pihak dalam perkara ini adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(MOHD FIRDAUS BIN IBARUSLAN)
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian
(Deputy Director of Land and Mines)
Sektor Pendaftaran Tanah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3401 | Fax: 03-2610 3490
✉: mohdfirdaus@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my