Latest Update On Closure Of The Federal Territory Kuala Lumpur Lands And Mines Office (PPTG WPKL) During The Extended Full Movement Control Order Period

Circular No: 133/2021
Date: 14 June 2021


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,
 
The Kuala Lumpur Bar Committee has received a notification from the PPTG WPKL regarding amongst others, the exemption from late penalty in accordance with the terms set out in the notification.
 
Please take note that PPTG WPKL will be closed during the extended Full Movement Control Order period from 15 June 2021 to 28 June 2021 until otherwise permitted to resume operations.
 
For further information, the said notification is reproduced below.
 
Regards,
Vivekananda Sukumaran
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee
 
Lim Yin Faye
Chairperson
Corporate & Conveyancing Practice Committee

MAKLUMAN BERKENAAN PENUTUPAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PPTG WPKL)ENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0 (LOCK-DOWN FASA 2) 15 JUN 2021

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Malaysia pada 11 Jun 2021 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa selaras dengan arahan Kerajaan berkaitan pelanjutan tempoh PKP 3.0 (lock-down Fasa 2) yang akan bermula pada 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021, PPTG WPKL akan ditutup sepanjang tempoh tersebut sehingga arahan Kerajaan untuk dibenarkan beroperasi semula.

3. Sehubungan itu, perkara-perkara berikut akan dikuatkuasa bagi urusan-urusan yang berkaitan sepanjang tempoh tersebut:

i) Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat semasa tempoh PKP 3.0 lockdown. Kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir perserahan.

ii) Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh PKP 3.0 lockdown. Kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.

iii) Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat tempoh semasa tempoh PKP 3.0 lockdown diberi lanjutan masa selama Dua (2) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.

iv) Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditetapkan semasa tempoh PKP 3.0 lockdown adalah ditangguhkan. Pentadbiran ini akan mengeluarkan surat baharu apabila dibenarkan beroperasi semula.

v) Semua slot janjitemu perserahan (e-Janjitemu) melalui sistem e-Tanah hanya akan dibuka semula untuk tempahan apabila dibenarkan beroperasi semula.

4. Pentadbiran ini turut ingin memaklumkan bahawa semua operasi perkhidmatan secara online yang melibatkan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Bayaran-Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah boleh dilaksanakan melalui gerbang Portal Rasmi PPTG WPKL serta gerbang Single Window Search (SWS), dan para pelanggan adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

5. Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dipihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD FIRDAUS BIN IBARUSLAN)
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian
(Deputy Director of Land and Mines)
Sektor Pendaftaran Tanah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3401 | Fax: 03-2610 3490
✉: mohdfirdaus@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur