Circular No: 158/2023
Date: 24 October 2023
Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,
(b) List of Telephone Extension Numbers in Transitional Courts
Chairman
Kuala Lumpur Bar CommitteeNimalan Devaraja
Shugan Raman
Co-Chairpersons
Civil Practice & Court Liaison Committee
No. Rujukan: MKL.200-7/4/1 Jld. 6 (30)
Tarikh: 23 Oktober 2023
Puan,
HEBAHAN PERALIHAN MAHKAMAH BAGI PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN KARPET DAN SISTEM SPRINKLER DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR – FASA 11
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Sebagaimana puan sedia maklum, Kerja-Kerja Penggantian Karpet dan Menaik Taraf Sistem Sprinkler telah dilaksanakan mulai 3 Januari 2023 di 84 Mahkamah mengikut Fasa seperti emel pemakluman yang telah diemelkan kepada puan bertarikh 15 Disember 2022 namun begitu, terdapat perubahan pada jadual bagi Fasa 11 yang melibatkan 3 mahkamah (Rujuk pada Lampiran).
3. Dalam perkara ini, puan adalah dipohon untuk membuat persediaan peralihan mahkamah pada 25 Oktober 2023 (Rabu) dan penyerahan kunci mahkamah transit dibuat pada hari tersebut jam 4.15 petang (sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Unit Keselamatan). Berikut adalah mahkamah yang terlibat:
4. Sehubungan itu, mohon kerjasama puan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum berpindah di mahkamah transit adalah seperti berikut:
- memastikan semua almari / locker / laci meja / kabinet besi hendaklah dikunci;
- memastikan tiada fail atau dokumen terperingkat serta barangan peribadi di dalam kamar hakim dan mahkamah terbuka;
- memastikan semua punca kuasa peralatan elektrik ditutup sebelum berpindah keluar ke mahkamah yang telah ditetapkan;
- bilik simpanan barang kes hendaklah dikosong;
- segala urusan pengalihan fail / dokumen adalah dibawah tanggungjawab pegawai/kakitangan mahkamah masing-masing; dan
- sebarang pergerakan aset tidak dibenarkan (telefon adalah dikecualikan).
Segala kerjasama dan perhatian puan dalam perkara ini amatlah dihargai.Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Unit Pembangunan & Senggara
Bahagian Pengurusan
b.p. Pengarah