UPDATE: Closure of E-Filing Service Bureau and Final Date for Filing for 2017

UPDATE: Closure of E-Filing Service Bureau and Final Date for Filing for 2017

Dear Members of the KL Bar,
We have received from Puan Hamidah binti Mohamed Deril, Director of the eKehakiman, Putrajaya an update to the notification on the above matter that was e-mailed to members on 22 December 2017.

The update is reproduced below for your attention.

Muhendaran Suppiah
Honorary Secretary
Kuala Lumpur Bar Committee

________________________________________________________________________________

NOTIS PENUTUPAN KAUNTER BIRO PERKHIDMATAN DAN TARIKH AKHIR PEMFAILAN BAGI TAHUN 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya di arah merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, bagi tujuan penutupan Akaun Kewangan PKPMP bagi tahun 2017, terdapat beberapa aktiviti yang perlu dilaksanakan berkaitan Sistem e-Kehakiman yang perlu Tuan/Puan ambil perhatian seperti berikut:-

a) Pemfailan dokumen dan bayaran bagi pemfailan Online secara FPX hanya boleh diterima setakat pemfailan yang dibuat sebelum jam 11.00 malam, pada hari Khamis (28 Disember 2017). Ini kerana Penyata Pemungut bagi transaksi online perlu disediakan sebelum jam 10.00 pagi, 29 Disember 2017 untuk dihantar ke JPM.

b) Bagi semua pemfailan dokumen yang dibuat di kaunter biro perkhidmatan sebelum / pada Khamis (28 Disember 2017), bayaran fi bagi pemfailan tersebut (jika berkenaan) hendaklah dibuat sebelum jam 11.00 pagi pada hari Jumaat (29 Disember 2017) di Kaunter Bayaran Kewangan. Sekiranya tiada pembayaran fi dibuat, pemfailan dokumen tersebut akan dibatalkan dan pihak pemfail perlu membuat pemfailan semula pada tahun 2018.

c) Selain itu, bagi bayaran denda untuk kes-kes jenayah selepas jam 11.00 pagi pada 29 Disember 2017 dan juga bayaran denda pada 31 Disember 2017 (di negeri-negeri yang berkaitan), bayaran denda hendaklah dibuat secara manual kerana Sistem ECF akan offline untuk sementara. Pihak-pihak perlu mendapatkan resit manual tersebut dan simpan dengan baik kerana tiada salinan dalam sistem jika resit tidak dimuatnaik semula ke dalam sistem.

d) Biro Perkhidmatan e-Filing akan ditutup pada 29 Disember 2017 (Jumaat) dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2018 atau 2 Januari 2018 (mengikut cuti am negeri-negeri berkaitan) untuk kegunaan Orang Awam sahaja.

e) Mulai 1 Januari 2018, semua firma guaman, agensi kerajaan dan badan berkanun hendaklah membuat pemfailan kes sivil / kes jenayah secara online di https://efs.kehakiman.gov.my.

3. Bersama-sama ini disertakan Notis Penting – Penutupan Kaunter Biro Perkhidmatan untuk rujukan Tuan/Puan.

4. Bahagian ini turut memohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk memanjangkan perkara ini kepada semua pengguna Sistem e-Kehakiman Fasa 2 bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa yang telah ditetapkan.

5. Segala Kerjasama dan tindakan dari pihak Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL),
Pengarah,
Bahagian e-Kehakiman,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 3, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya.

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur