KLBC Circular No 066/2020 | Training Sessions For e-Filing System At The Kuala Lumpur Court Complex

Circular No: 066/2020
Date: 8 July 2020


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

We have received an invitation from the Director of e-Courts, Puan Hamidah Binti Mohamed Deril entitled “Jemputan Untuk Menghadiri Latihan Sistem e-Kehakiman Bagi Tahun 2020 Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur” dated 7 July 2020.

The Courts are providing training on new features which have been introduced into the e-Filing System. Members and their clerical/administrative staff are hereby encouraged to attend the training. The training sessions will be held from 13 July 2020 to 16 July 2020.

The said invitation is reproduced below. Please click here for the Schedule.

Thanks & regards,
Harleen Kaur (Leena)
Nizam Bashir

Co-Chairpersons
KLBC Civil Practice & Court Liaison Committee


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN SISTEM E-KEHAKIMAN BAGI TAHUN 2020 DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya diarahkan oleh YBrs Tuan Ketua Pendaftar untuk memaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan mengadakan satu siri latihan kepada para pengguna sistem e-Filing daripada pelbagai agensi kerajaan, agensi penguatkuasa dan firma guaman. Objektif latihan ini adalah untuk memberi latihan kepada para pengguna baru, memantapkan kemahiran para pengguna yang sedia ada, dan memberi penerangan mengenai fungsi-fungsi baru serta penambahbaikan yang telah dibuat dalam sistem e-Filing.

3. Sehubungan dengan itu, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan atau wakil adalah dijemput untuk menghadiri latihan yang akan diadakan tersebut mengikut tarikh serta lokasi yang ditetapkan seperti di LAMPIRAN A.

4. Kerjasama YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan pihak Tuan/Puan adalah dimohon untuk memanjangkan jemputan ini kepada para pengguna sistem e-Filing di agensi atau firma masing-masing. Walau bagaimanapun, bilangan peserta untuk latihan ini adalah terhad sebanyak dua (2) orang wakil dari setiap Agensi/Firma dibenarkan bagi memastikan pematuhan kepada peraturan penjarakan sosial di lokasi latihan. Oleh itu pengesahan kehadiran daripada setiap agensi dan firma adalah diperlukan sebelum/pada 9 Julai 2020 (Khamis). Mohon untuk mengisi kehadiran menggunakan pautan yang telah disertakan https://forms.gle/sNKuVugn4dHGw4uS7

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut atau melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my.

i) Encik Muhamad Faizal bin Ismail – 03-88803583

ii) Puan Rosnaida binti Abdul Razak – 03-88803914

6. Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL
Pengarah
Bahagian e-Kehakiman
b/p Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 3, Istana Kehakiman
Presint 3, 62506 Putrajaya

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur