Closure Of The Main Entrance Of The Kuala Lumpur Court Complex On 10 March 2023

Circular No: 023/2023
Date: 9 March 2023


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has just received a notification from the Director of the Kuala Lumpur Courts regarding the above.

Please be informed that on 10 March 2023, the Kuala Lumpur Court is expecting to receive a high-profile case registration. The Kuala Lumpur Court Security Committee have decided to close the main entrance for all vehicles including the vehicles of Judges, Court officers and staff.

The entrance at Post B (from the LHDN route) will be opened for the vehicles of Judges, Court officers and staff and the Deputy Public Prosecutor or Federal Attorney (Department Card must be presented).

Kindly take note that vehicles of lawyers are not allowed to enter the court premises for the purposes of pick-up / drop-off or parking inside the Court premises. However, the small entrance / exit on the left and right of the main entrance are open to pedestrians.

Members are encouraged to attend Court earlier than usual (recommended before 7:30am) to avoid the congestion that may occur and in addition to the stricter inspections and monitoring that will be carried out by the Police, the Unit of Court Security and RELA.

The said notification is reproduced below for your attention and further information.

Alvin Oh Seong Yew
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee


No. Ruj. : MKL.100-9/1/12 JLD. 2(87)
Tarikh : 9 Mac 2023

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

YA-YA / YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

PEMAKLUMAN MENGENAI PENUTUPAN PINTU MASUK POST A KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR PADA 10 MAC 2023

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman semua Warga Mahkamah, pada hari esok 10 Mac 2023 (Jumaat) Mahkamah Kuala Lumpur dijangka akan menerima pendaftaran kes berprofil tinggi yang mungkin membawa kepada jumlah kehadiran orang awam yang tinggi. Berikutan dari itu, bagi memastikan kelancaran urusan kehadiran semua Warga Mahkamah ke Pejabat di waktu pagi, Jawatankuasa Keselamatan Mahkamah Kuala Lumpur yang bermesyuarat pada 9 Mac 2023 telah memutuskan seperti berikut:

(a) Menutup Pintu Masuk Utama (Post A) kepada semua kenderaan termasuk kenderaan Hakim, Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur;

(b) Membuka Pintu Masuk/keluar kecil di sebelah kiri dan kanan Pintu Masuk Utama (Post A) bagi pejalan kaki yang terdiri daripada:
(i) Warga Mahkamah;
(ii) Timbalan Pendakwa Raya / Peguam Persekutuan;
(iii) Peguam;
(iv) Litigan / saksi / orang awam yang mempunyai urusan di Mahkamah atau Pejabat Pendaftaran Mahkamah termasuk Kaunter Pesuruhjaya Sumpah;

(c) Membuka Pintu Masuk di Post B (dari laluan LHDN) bagi kemasukan kenderaan:
(i) Semua Hakim, Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur;
(ii) Timbalan Pendakwa Raya / Peguam Persekutuan (perlu mengemukakan Kad Jabatan);

3. Semua kenderaan peguam tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur samada untuk tujuan menghantar dan mengambil penumpang atau untuk diletakkan di dalam kawasan meletak kenderaan peguam di dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

4. Seterusnya, semua warga Mahkamah Kuala Lumpur dinasihatkan untuk hadir ke Pejabat lebih awal dari kebiasaan (disyorkan sebelum 7.30 pagi) untuk mengelakkan kesesakan yang mungkin berlaku susulan dari penutupan Pintu Masuk Utama (Post A) selain pemeriksaan dan pemantauan yang lebih ketat yang akan dijalankan oleh pihak Polis, pihak Unit Keselamatan Mahkamah dan anggota RELA.

5. Pihak saya memohon perhatian dan kerjasama daripada semua Warga Mahkamah dan pemegang taruh untuk mematuhi arahan-arahan semasa bagi memastikan semua ketetapan dan urusan berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

DATIN SABARIAH BINTI OTHMAN
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur