Temporary Transfer Of Courts For Upgrading Works In Kuala Lumpur Court Complex

Circular No: 192/2022
Date: 30 December 2022


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

We have received email notifications on 23 and 28 December 2022 from the Kuala Lumpur Court regarding the above.

Please be informed that the Kuala Lumpur Court Complex will be upgrading the carpets and sprinklers on a staggered basis. The work will involve a total of 84 Courtrooms from Phases 1 to 9.

During the upgrading work, there will be a temporary transfer of various Courtrooms. The upgrades for all 84 courtrooms are scheduled to be fully completed on 8 November 2023.

The Phase 1 upgrading works will commence from 3 January 2023 to 7 February 2023 and it will involve 10 courtrooms.

Members are encouraged to take note of the schedule provided by the Kuala Lumpur Court in the weblinks below:

(a) Latest Schedule of Transfer Phase 1 from 3 January 2023 to 7 February 2023;
(b) Schedule of Transfer from Original Court to Temporary Court by Phases;
(c) List of Supervisors of the Kuala Lumpur Court Division;
(d) List of official emails of the Kuala Lumpur Court; and
(e) List of telephone extension numbers.

The said email notifications from the Kuala Lumpur Court are reproduced below.

Vivekananda Sukumaran
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee

Nimalan Devaraja
Lim Yin Faye

Co-Chairpersons
Civil Practice & Court Liaison Committee


No. Rujukan: MKL.200-7/4/1 Jld. 5 (39)
Tarikh: 28 Disember 2022

Tuan/Puan,

HEBAHAN PERALIHAN MAHKAMAH BAGI PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN KARPET DAN SISTEM SPRINKLER DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR – FASA 1

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, Kerja-Kerja Penggantian Karpet dan Sistem Sprinkler akan dilaksanakan mulai 3 Januari 2023 di 84 Mahkamah mengikut Fasa seperti emel pemakluman yang telah diemelkan kepada tuan/puan bertarikh 15 Disember 2022. Sehubungan itu, tuan/puan boleh membuat persediaan peralihan mahkamah yang telah ditetapkan di dalam jadual mulai 30 Disember 2022 (Jumaat) dan berikut adalah mahkamah yang terlibat:

3 Dalam perkara ini, mohon kerjasama tuan/puan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum berpindah di mahkamah transit iaitu:-

• memastikan semua almari / locker / laci meja / kabinet besi hendaklah dikunci;
• memastikan tiada fail atau dokumen terperingkat di dalam kamar hakim dan mahkamah terbuka;
• memastikan semua punca kuasa peralatan elektrik ditutup sebelum berpindah keluar ke mahkamah yang telah ditetapkan;
• bilik simpanan barang kes hendaklah dikosong;
• segala urusan pengalihan fail / dokumen adalah dibawah tanggungjawab pegawai/kakitangan mahkamah masing-masing; dan
• sebarang pergerakan aset tidak dibenarkan (telefon adalah dikecualikan).

4. Bersama-sama ini dikemukakan Jadual Peralihan Mahkamah yang terkini dan Senarai Nombor Sambungan Telefon adalah seperti di Lampiran untuk rujukan dan makluman tuan/puan. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Unit Pembangunan & Senggara
Bahagian Pengurusan
b.p. Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur


Tarikh: 23 December 2022

MAKLUMAN MENGENAI PEMINDAHAN MAHKAMAH SEMENTARA BAGI KERJA-KERJA MENAIKTARAF KARPET DAN SPRINKLER DI MAHKAMAH KUALA LUMPUR

YBhg. Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman YBhg. Datin/tuan/puan, bermula 3 Januari 2023, Mahkamah Kuala Lumpur akan mula melaksanakan Kerja-Kerja Menaiktaraf Karpet dan Sprinkler di dalam Mahkamah Terbuka di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur melibatkan sebanyak 84 buah Bilik Bicara. Kerja-Kerja Menaiktaraf ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut Fasa 1 hingga 9. Setiap satu Fasa akan melibatkan 10 Bilik Bicara untuk tempoh kurang lebih 1 bulan. Kesemua 84 Bilik Bicara dijadualkan akan siap sepenuhnya pada 8.11.2023.

3. Bilik Bicara Mahkamah yang terlibat dengan kerja-kerja Menaiktaraf ini akan dipindahkan sementara ke Bilik Bicara yang lain untuk membolehkan kes-kes yang ditetapkan secara fizikal berjalan seperti yang telah dijadualkan.

4. Bersama-sama ini saya sertakan dokumen-dokumen berikut untuk perhatian dan tindakan YBhg. Datin/tuan/puan:

(a) Jadual Pemindahan Mahkamah Asal ke Mahkamah Sementara Mengikut Fasa;
(b) Senarai Nama Penyelia Bahagian Mahkamah Kuala Lumpur; dan
(c) Senarai Emel Rasmi Mahkamah Kuala Lumpur.

5. Sukacita kiranya pihak YBhg. Datin/tuan/puan berhubung dengan Mahkamah yang berkenaan mengikut Senarai Nama dan Senarai Emel Rasmi yang diberikan jika terdapat sebarang pertanyaan. YBhg Datin /tuan/puan juga boleh merujuk kepada Portal Rasmi Mahkamah Kuala Lumpur di pautan https://kl.kehakiman.gov.my/ untuk maklumat mengenai pegawai dan kakitangan yang bertugas di Bahagian yang berkenaan.

Sekian, harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

DATIN SABARIAH BINTI OTHMAN
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur