Proceedings Of Criminal Cases In Kuala Lumpur Courts During The Movement Control Order

Circular No: 010/2021
Date: 22 January 2021


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has just received a notification from the Director of the Kuala Lumpur High Courts regarding the above matter.

Please take note that all criminal proceedings in open Court will proceed as scheduled from 27 January 2021.

The said notification is reproduced below for your attention and further information.

Kindly take note.

Regards,
Jacky Loi Yap Loong
Collin Arvind Andrew

Co-Chairpersons
KLBC Criminal Law Practice Committee


Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN: PENGENDALIAN PROSIDING KES JENAYAH DI MAHKAMAH KUALA LUMPUR SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan Ketua Hakim Negara Mengenai Pengendalian Prosiding Kes Jenayah di Mahkamah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertarikh 20 Januari seperti di Lampiran, semua prosiding kes jenayah di Mahkamah terbuka akan terus dijalankan sebagaimana yang dijadualkan bermula 27 Januari 2021.

3. Untuk makluman tuan/puan juga, kaunter di Mahkamah Kuala Lumpur masih lagi belum beroperasi sehingga dimaklumkan kelak. Namun demikian, sekiranya pihak peguam mempunyai dokumen penting (very urgent document) yang perlu didaftarkan di Bahagian Surat Kuasa Wakil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, maka pihak peguam perlu mengemukakan permohonan secara bertulis dengan mengemukakan alasan yang kukuh akan kepentingan pendaftaran dokumen tersebut sebagai contoh MOT akan tamat dalam tempoh satu hari sahaja lagi dan mengantar permohonan tersebut melalui emel ke alamat mtklskw@kehakiman.gov.my. Jika permohonan tersebut dibenarkan untuk didaftarkan dalam tempoh PKP, maka satu tarikh temujanji akan ditetapkan dan peguam atau seorang wakil peguam hendaklah hadir tepat pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebarang kelewatan tidak akan dipertimbangkan dan tiada lanjutan masa akan diberikan kerana pegawai dan kakitangan Mahkamah yang hadir adalah berdasarkan masa dan tarikh temujanji yang ditetapkan sahaja.

5. Perhatian dan kerjasama Tuan/ Puan dalam perkara di atas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menjalankan amanah,

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur