Pemberitahuan Berkuatkuasa Denda Lewat Urusniaga Dan Pungutan Hakmilik Di Pejabat Tanah Dan Daerah Serta Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor

Circular No: 030/2021
Date: 22 February 2021


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has received a notification dated 19 February 2021 from Bahagian Hakmilik Strata, Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) regarding the above.

The said notification is reproduced below for your attention.

Kindly take note.

Thanks & regards,
Vivekananda Sukumaran
Chairperson
KLBC Corporate and Conveyancing Practice Committee


YBhg. Dato’/Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN BERKUATKUASA DENDA LEWAT URUSNIAGA DAN PUNGUTAN HAKMILIK DI PEJABAT TANAH DAN DAERAH SERTA PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa semua kaunter Pejabat Tanah dan Daerah serta Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor telah beroperasi sepenuhnya pada 02 Februari 2021 (Selasa). Rentetan daripada pembukaan operasi kaunter tersebut denda lewat bagi urusan urusniaga dan pungutan hakmilik akan berkuatkuasa semula pada 01 Mac 2021. Sehubungan dengan itu, mana-mana perserahan yang masih belum disempurnakan pihak tuan diminta menyelesaikan dengan kadar segera bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku.

3. Bagi permohonan dan pembayaran urusniaga dan bukan urusniaga termasuk permohonan carian rasmi dan carian persendirian masih perlu mengunakan sistem Smartbox (atas talian) sepenuhnya dan serahan dokumen adalah melalui kiosk smartbox.

4. Sebarang maklumat lanjut boleh melayari https://ptg.selangor.gov.my atau e-mel ptgs@selangor.gov.my dan sebarang perubahan dan informasi terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

5. Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul di pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan. Kerjasama semua berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“SELANGOR MAJU BERSAMA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Bahagian Hakmilik Strata
Pejabat Tanah dan Galian Selangor

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur