The Kuala Lumpur Bar Committee has received a notification dated 5 April 2018 from Puan Noor Azura binti Abdul Rahman, Head Assistant Director, Registration Department of the Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) regarding the above.

The notice is reproduced below for your attention.

____________________________________________________________________________________________________________________________

Pengecualian Penggunaan Cop Meterai Pesuruhjaya Sumpah Dan Makluman Lain

Dimaklumkan bahawa pejabat ini telah mendapat penjelasan daripada Mahkamah berkenaan pengecualian di bawah Kaedah 21(1) Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 melibatkan penggunaan cop pesuruhjaya sumpah. Oleh itu, pejabat ini telah menerima surat akuan yang menggunakan cop pesuruhjaya sumpah yang lama sehingga 31 Disember 2018 atau sehingga tamat tarikh lantikan Pesuruhjaya Sumpah yang berkenaan. Mana-mana firma yang telah ditolak permohonannya atas sebab tersebut boleh memohon secara bertulis ke pejabat ini untuk pengecualian bayaran pendaftaran/serahan semula.

Selain itu, dimaklumkan juga beberapa pemakluman seperti berikut untuk makluman dan hebahan.

  1. Pengisian Borang Kaveat Persendirian (19B)

Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Akta A1516] telah dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2017 melalui P.U (B) 531/2016. Salah satu pindaan yang terlibat adalah seksyen 323(2) seperti berikut:-

“(2) Any such person or body wishing to apply for the entry of such a caveat shall do so in Form 19B and such application shall be attested in accordance with the provisions of section 211 notwithstanding that the provisions dealt with dealings in alienated land and shall state therein the nature of the claim on which his application is based, and whether the caveat is to be expressed to bind the land itself or an undivided share in the land or a particular interest only, and the last known address of the proprietor if the caveat is to be expressed to bind the land itself or an undivided share in the land.”

Oleh itu, mana-mana permohonan 19B yang disempurnakan selepas 1 Januari 2017 akan ditolak sekiranya alamat terkini di perenggan 4 tidak dicatatkan. Penolakan mula dibuat ke atas Borang 19B yang diproses pada April 2018.

  1. Maklumat butiran surat cara pada Sijil Setem Borang 16N

Pejabat ini menolak permohonan Melepaskan Gadaian (Borang 16N) yang disertakan dengan sijil setem yang tidak dipaparkan maklumat hakmilik pada ruangan butiran suratcara. Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri memaklumkan bahawa pengguna STAMPS (Stamps Assessment and Payment System) perlu memilih/mengisi permohonan “Penyeteman Sekuriti” bagi memastikan maklumat hakmilik dipaparkan pada Sijil Setem Borang 16N.

  1. Pengemaskinian Alamat Emel dan Permohonan ID Pengguna Online

Pejabat ini kearah menambahbaik perkhidmatan melalui penjimatan penggunaan kertas (paperless). Mulai Mei 2018, pejabat ini tidak lagi akan mengeluarkan surat makluman pendaftaran perserahan kepada firma guaman secara pos. Surat makluman tersebut akan dihantar melalui emel. Selain itu, status permohonan perserahan juga boleh disemak melalui skrin pengguna atau e-Semakan (www.ptgwp.gov.my). Sehubungan dengan itu, semua firma guaman yang berurusan di PPTGWPKL digalakkan untuk memohon ID Pengguna Online serta mengemaskini alamat emel. Permohonan ID Pengguna boleh dibuat di portal https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml?target=kl.

Kerjasama pihak tuan untuk membuat hebahan berkenaan perkara-perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

NOR AZURA BINTI ABDUL RAHMAN

Bahagian Pendaftaran

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Tel: 03-26103402

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur