Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has received a notification from Puan Nor Azura binti Abdul Rahman of the Registration Department of the Wilayah Land Office regarding the above.

The notification is reproduced below for easy reference.

Thank you.

Jacky Loi Yap Loong
Chairperson
Corporate and Conveyancing Practice Committee
_____________________________________________________________________________________________________

MAKLUMAN PENUTUPAN PORTAL AWAM e-TANAH PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak PPTG WPKL akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem bagi memastikan Sistem e-Tanah WPKL sentiasa dikemaskini dan dinaik taraf dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Aktiviti ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Sesi 1
Tarikh: 22 Disember 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam hingga 12.00 malam

Sesi 2
Tarikh: 27 Disember 2017 (Rabu)
Masa : 7.00 malam hingga 12.00 malam

3. Sepanjang tempoh penutupan Sistem e-Tanah WPKL tersebut, capaian ke perkhidmatan Portal Awam e-Tanah (termasuk e-Carian), e-Bayaran, e-Semakan dan mySMS/myUSSD PTGWP akan mengalami gangguan. Sistem akan beroperasi semula seperti biasa selepas waktu tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan/puan dimohon untuk membuat hebahan sewajarnya. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

NOR AZURA BINTI ABDUL RAHMAN
Bahagian Pendaftaran,
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Tel: 03-26103402

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur