MAKLUMAN | PERMOHONAN TUNTUTAN DEPOSIT RAYUAN SIVIL, DEPOSIT LELONGAN AWAM DAN DEPOSIT WANG PAMPASAN DARIPADA PIHAK PEGUAM DI MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

We have received a notification from the Co-chairperson of the Kedah Bar Committee Court Liaison Committee, Widyaevasari Binti Mohd Kanifiah regarding the above matter.

The said notification is reproduced below for your attention.

Thank you.

 
Regards,
Harleen Kaur (Leena)
Nizam Bashir
Co-chairpersons
Civil Practice and Court Liaison Committee

Circular No: CL/03/2020
Tarikh: 17hb Mac 2020

Kepada Semua Peguam Negeri Kuala Lumpur

Tuan/Puan,

PER: PERMOHONAN TUNTUTAN DEPOSIT RAYUAN SIVIL, DEPOSIT LELONGAN AWAM DAN DEPOSIT WANG PAMPASAN DARIPADA PIHAK PEGUAM DI MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

Merujuk kepada perjumpaan antara Jawatankuasa Perhubungan Mahkamah, Badan Peguam Kedah dengan Puan Nur Zafirah Binti Mohamed Ali, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 11 Mac 2020, jam 9.00 pagi adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa semua peguam disarankan untuk memajukan tuntutan deposit rayuan sivil, deposit lelongan awam dan deposit wang pampasan bagi kes-kes yang telah selesai secara muktamad.

3. Setiap permohonan tuntutan hendaklah dilampirkan dengan dokumen-dokumen berikut;-

(a) Surat iringan firma (satu (1) surat permohonan untuk satu (1) nombor kes);
(b) Salinan asal perintah bagi kes berkaitan;
(c) Salinan muka depan penyata akaun firma yang salinannya hendaklah diakui sah oleh Peguam Firma; dan
(d) Resit asal pembayaran deposit

Dokumen tambahan untuk tuntutan deposit lelong:-

(a) Salinan Memorandum Jualan di muka surat yang telah disetemkan.

4. Sebarang pertanyaan lanjut, para peguam boleh berhubung terus dengan kakitangan Mahkamah yang bertugas seperti berikut;-

(a) Rayuan Sivil : Cik Nabilah Binti Abdullah

(b) Lelongan Awam :
  1. Cik Sofiah Binti Jamaludin
  2. Cik Nor Amirah Binti Mohd Anuar
  3. Cik Nalini a/p Superian
(c) Kod 24 : Cik Hasina Binti Abdul Hamid
(wang pampasan)
 
5. Adalah diingatkan bahawa bagi mempercepatkan proses permohonan tuntutan, pihak Peguam dikehendaki menyerahkan surat permohonan tuntutan bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan di atas.6. Sekiranya pihak Tuan/Puan mempunyai sebarang masalah atau aduan berkenaan perkara di atas, ianya boleh terus dimajukan kepada pihak kami melalui e-mel di kedahbarcomm@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
WIDYAEVASARI BINTI MOHD KANIFIAH
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Perhubungan Mahkamah

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur