Nik Hashim Bin Nik Daud

Allahyarham Nik Hashim bin Nik Daud adalah seorang peguambela dan peguamcara dari Nik Hashim & Associates yang bertempat di Wisma Kraftangan, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Jamiah bt Mat Dulop dan telah dikurniakan tiga orang anak perempuan iaitu Nik Adawiyah binti Nik Hashim, Nik Badriah binti Nik Hashim dan Nik Hidayah binti Nik Hashim.

Dalam usaha meningkatkan kerjaya, beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda pada tahun 1983 hingga 1987. Beliau berjaya menamatkan pengajiannya dan bergraduat dari Universiti Islam Antarabangsa, Gombak dan memiliki sijil Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons) .

Dari segi kerjaya beliau telah bermula sebagai seorang pegawai polis berpangkat Inspektor pada tahun 1969 dan memegang jawatan terakhir sebagai DSP di Pulau Pinang dari tahun 1989-1992. Beliau kemudiannya bersara dan meneruskan kerjaya sebagai peguambela dan peguamcara di Kuala Lumpur dari 1992 hingga ke akhir hayat.

Allahyarham meninggal dunia pada 9 September 2011 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid UPM, Serdang, Selangor. Amin.

Written By,
Nik Adawiyah Binti Nik Hashim