Neoh Li Leng

Her journey began on March 11, 1967 in the Pearl of the Orient, Penang.

The late Neoh Li Leng grew up in the State of Perak from a town with the limelight for being the wettest town in Peninsular Malaysia – Taiping, to the royal town of Perak, Kuala Kangsar where she had her early and primary education and finally to the capital city of Perak, Ipoh where she did her secondary education at SMJK Ave Maria Convent Ipoh.

Neoh Li Leng grew up in Perak with her younger two siblings, twin boys Neoh Hong Kee and Neoh Eng Kee. The youngest of the three siblings, Neoh Eng Kee is also a practising lawyer and is both humbled and honoured to write about our beloved Sister, the late Neoh Li Leng.

Where Do I Begin? Andy Williams’ Love Story…

Mulanya Disini… Kumpulan Freedom

Arwah Kakak, merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik kepada Ibubapa tersayang Encik Neoh Swee Kee and Puan Wong Choon Lan. Ayah adalah bekas kakitangan kerajaan dan bekas jurubahasa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Raja pada tahun 80an. Ayah pernah berkhidmat untuk Arwah Dato’ Chan Nyarn Hoi yang lebih dikenali sebagai Dato’ N.H. Chan. Ayah juga pernah berkhidmat untuk Tan Sri Lal Chand Vohrah dan Dato’ Karam Chand Vohrah.

Keluarga kami banyak merantau dan berpindah atas perkhidmatan Ayah sebagai jurubahasa Mahkamah, daripada Kota Bahru, Kelantan sehingga akhirnya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehinggalah Ayah bersara. Benih-benih perundangan telah disemai kepada Arwah Kakak dan saya sejak kami kecil lagi.

Arwah Kakak merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sekolah dan merupakan pemegang Bronze Medallion Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia. Selain menjadi penyelam berlesen, Arwah Kakak pernah mengorak langkah berjaya menawan “Everest Base Camp” melalui pergunungan Annapurna di Nepal.

Arwah Kakak masuk alam pekerjaan dalam usia yang muda lagi iaitu selepas tamat pergajian Sijil Pelajaran Malaysia. Arwah Kakak banyak berkorban untuk keluarga. Arwah Kakak memahami betapa peritnya Ayah sebagai seorang kakitangan kerajaan untuk menanggung pengajian kami tiga beradik.

Arwah Kakak mula menceburi bidang perundangan sebagai seorang kerani awam di Tetuan Low Hop Bing & Associates di Subang dan kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 90an. Di bawah bimbingan, didikan dan galakan daripada Yang Arif Dato’ Wira Low Hop Bing, Arwah Kakak memulakan pengajian beliau di dalam perundangan sebagai “matured student”. Arwah Kakak mengikuti kursus pergajian perundangan sebagai murid separuh masa sehinggalah mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Hasil berkat dan usaha gigih Arwah Kakak, beliau kemudiannya lulus peperiksaan Sijil Amalan Guaman pada tahun 1998.

Selepas Arwah Kakak tamat pengajian perundangan, Arwah Kakak mula menjalani latihan sebagai pelatih dalam kamar di Tetuan Manjit Singh Sachdev, Mohammad Radzi & Partners di bawah bimbingan dan didikan Dato’ Dr. Manjit Singh. Arwah Kakak berkhidmat selama 13 tahun dengan Tetuan Manjit Singh Sachdev, Mohammad Radzi & Partners (Tahun 1999~2012).

Pada tahun 2012, Arwah Kakak meneruskan amalan perundangan beliau di Tetuan Sidek Teoh Wong & Dennis sehingga penghujung tahun 2018 apabila beliau dikenali menghadapi penyakit barah paru-paru tahap keempat.

Dear Sister,

Together on life’s journey
We have traveled…you and me
Sharing all the joys of life
Keeping each other company

Sharing lots of happy moments
And sometimes sharing tears
Always leaning on each other
Together through the years

And no matter where life leads us
Dear Sister, know it’s true
It has been a joy to travel
Down the road of life with you

We shared so much happiness
In times of yesterday
And to say how much I miss you
I could never find a way

I wish with all my heart
That you were here with us,
And we could share the laughter
That there always used to be

I know we’ll meet again
In another life elsewhere,
And those very special times
We once again will share

Siblings will take different paths and
Life may separate them but they
Will forever be bonded by having
Begun their journey in the same boat.

Kepada ibubapa tersayang, ribuan terima kasih kerana memberikan kepada keluarga ini sebutir Mutiara Timur, Arwah Kakak Neoh Li Leng.

Written By,
Your Beloved Family, The Neohs