Mohd Nazruddin Bin Abdullah

Untuk pertama kali menulis mengenai arwah suami Mohd Nazruddin bin Abdullah saya Ingin meluahkan rasa syukur saya terlebih dahulu kerana ditakdirkan Allah mengenali beliau.

Beliau merupakan seorang suami dan ayah yang sangat bertanggungjawab. Walaupun sibuk di pejabat dengan tugas harian, beliau selalu meluangkan masa bersama saya dan anak-anak apabila berkelapangan.

Sebagai seorang muslim beliau sendiri menjadi imam ketika solat untuk saya dan anak-anak. Beliau jugak mengajar saya dan anak-anak mengaji Al-Quran. Beliau sangat mengambil berat tentang persekolahan anak-anak. Beliau merupakan yang dipertua PIBG di sekolah anak-anak.

Beliau komited dengan kerja tetapi tidak pernah melepaskan tanggungjawab pada anak-anak dan isteri. Beliau aktif dengan persatuan NGO di luar dan sangat gemar dengan aktiviti luar.

Beliau juga merupakan seorang peguam yang sangat amanah dan baik. Beliau selalu menjalinkan hubungan yang baik dengan pelanggan dan mendapat maklum balas yg baik dari pelanggan beliau. Beliau bukan sahaja baik pada isteri anak-anak dan ditempat kerja. Beliau juga merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu dan keluarga.

Beliau merupakan tulang belakang dalam keluarga. Kehilangan beliau sangat memberi kesan kepada keluarga beliau. Menulis mengenai beliau mungkin terlalu banyak untuk saya kerana beliau seorang yang sangat banyak berjasa.

Beliau disenangi keluarga, rakan sekerja, rakan-rakan, pelanggan, jiran-jiran dan ramai orang. Terlalu banyak yang ingin dikongsi tetapi menulis ini sahaja membuatkan hati saya amat sedih dan pilu.

Cukuplah saya katakan beliau seorang yang terlalu istimewa dihati saya, anak-anak dan semua. Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan dirahmati Allah.

Written By,
Muniroh Binti Abdullah