Mohd Daud bin Mohd Nor

Allahyarham Mohd Daud bin Mohd Nor dilahirkan pada 2 Mei 1948, di Kedah.

Allahyarham meninggal dunia pada 11 Oktober 2015 pada pukul 2:20 pagi. Allahyarham meninggalkan dua orang balu serta dua orang anak. Beliau adalah seorang suami dan bapa yang penyayang dan adalah seorang yang suka meluangkan masa lapang dengan keluarganya. Beliau juga seorang yang ceria, tidak lekang dengan senyuman dibibir dan amatlah peramah.

Beliau sebagai seorang peguam yang sangat berdedikasi, beribawa, komited terhadap kerja dan sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakat khususnya anak guam dan bertoleransi serta disegani sepanjang pengamalan beliau. Allahyarham juga sangat rendah diri dan seorang majikan yang sangat disenangi oleh rakan sekerja beliau.

Walaupun kehilangannya amat terkesan di hati kami namun kami sentiasa mempunyai memori yang manis dan baik mengenai beliau dan sentiasa mendoakan beliau berada di kalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa di dalam rahmat Allah Taala. Sesungguhnya kepada Dia kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali. Al-Fatihah.

Written By,
Chung, Hasnal & Partners