Adri Amrul bin Ariffin

Bismillahirrahmannirrahim
Saya Nurul Hakim bt Che Ab Aziz, menulis berkenaan suami saya Adri Amrul bin Ariffin yang telah meninggalkan kami semua pada 10 Jun 2015 di usia 39 tahun.

Adri Amrul bin Ariffin yang mesra dengan panggilan Adri, telah diterima masuk dan didaftaraikan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi, Malaya pada 27 Julai 2000. Beliau seterusnya kekal dengan profesyen sebagai seorang peguam dengan membuka firma sendiri dan yang terakhir dikenali sebagai Adri Anwar Khalid. Kepakaran beliau ialah di dalam bidang bankrupsi dan telah menjadi sumber rujukan kepada rakan-rakan peguam yang lain.

Adri seorang yang periang, mudah tersenyum dan ramah kepada rakan-rakan dan disenangi oleh ramai klien beliau. Aktif di dalam sukan paintball dan merupakan Timbalan Presiden bagi Malaysian Paintball Federation (MPF) bagi sesi 2014/2015.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki yang bernama Muhammad Imran Syafiq yang kini berumur 15 tahun. Beliau adalah seorang suami dan bapa yang penyayang dan Adri akan sentiasa diingati di dalam hati kami semua. Walaupun kehilangannya amat terkesan di hati kami namun kami sentiasa mendoakan beliau berada di kalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa di dalam rahmat Allah Taala. Sesungguhnya kepada Dia kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali.

Written By,
Nurul Hakim bt Che Ab Aziz