The Kuala Lumpur Bar Committee has received two e-mail notifications from Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTG WPKL) dated 29th June and 30th June 2021. The said e-mail notifications are reproduced below for your attention and further information.
Kindly be informed that the service counters at PPTG WPKL will resume limited operations from 8:00am to 2:00pm on an appointment basis, commencing tomorrow, Thursday, 1st July 2021.
Please note that law firms that had provided feedback earlier to PPTG WPKL had been given priority. Kindly refer to the list of appointments for 1st and 2nd July 2021. In this regard, the aforesaid firms in the listing are requested to comply with the time and date of appointments fixed by PPTG WPKL. Do note to bring along a copy of the e-mail notification reproduced below and the aforesaid list of appointments.
For other law firms and/or listed firms that are unable to attend on the scheduled date, appointments or substitute appointments may be scheduled through e-Janjitemu on e-Tanah commencing 30th June 2021 onwards. The appointment slots will be scheduled from 5th July to 30th July 2021.
Collection of documents are on a walk-in basis, with collection of documents to commence on 1st July 2021. The standard operating procedures set by MKN and KKM apply.
Kindly take note.
Vivekananda Sukumaran
Chairman
Kuala Lumpur Bar CommitteeLim Yin Faye
Chairperson
Corporate & Conveyancing Practice Committee
Tarikh: 30 Jun 2021
JADUAL KEUTAMAAN TEMUJANJI PERSERAHAN PADA 1 DAN 2 JULAI 2021
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas, dan selaras dengan emel pemakluman pengoperasian semula kaunter perkhidmatan PPTGWPKL bertarikh 29 Julai 2021.
2. Dimaklumkan bahawa semua operasi kaunter-kaunter perkhidmatan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) akan kembali beroperasi mulai Khamis, 1 Julai 2021. Waktu operasi kesemua kaunter-kaunter tersebut adalah mulai jam 8:00 pagi sehingga 2:00 petang secara kaedah janjitemu (appointment-basis). Justeru itu, pihak PPTGWPKL telah mengkhususkan pemberian keutamaan kepada firma guaman yang telah memberikan maklumbalas untuk melaksanakan perserahan terlebih dahulu pada Khamis, 1 Julai 2021 dan Jumaat, 2 Julai 2021.
3. Bersama-sama ini disertakan lampiran maklumat temujanji yang telah dikhaskan berdasarkan tarikh dan slot masa perserahan kepada kesemua firma guaman yang telah tersenarai. Satu kaunter khusus iaitu Kaunter 15 telah dikhaskan kepada pemohon yang mempunyai perserahan pukal sahaja sepertimana di lampiran yang disertakan. Dipohon kerjasama kesemua firma yang telah tersenarai untuk patuh kepada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Adalah dimaklumkan bahawa, PPTGWPKL telah memberikan ruang khusus kepada kesemua firma yang telah tersenarai, namun PPTGWPKL tidak akan mengeluarkan sebarang surat kebenaran bertugas atau pelepasan perjalanan bagi tujuan tersebut. Sila kemukakan slip emel ini beserta jadual temujanji semasa hadir ke PPTGWPKL.
4. Selain itu, bagi firma guaman yang tidak tersenarai atau yang tidak dapat hadir pada tarikh yang telah ditetapkan, tempahan (reservation) slot perserahan melalui e-Janjitemu telah dibuka dan ditawarkan di dalam Portal awam e-Tanah mulai 30 Jun 2021. Slot perserahan tersebut adalah bagi tarikh tempahan 5 Julai 2021 sehingga 30 Julai 2021. Firma-firma guaman adalah dipelawa untuk menggunakan kemudahan tersebut bagi memudahkan firma-firma guaman membuat perancangan awal.
5. Seperti mana yang telah dimaklumkan di dalam siri-siri notifikasi terdahulu, PPTGWPKL masih mengekalkan keputusan untuk memberi pengecualian denda dan penetapan kepada perkara-perkara seperti berikut:
(i) Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir perserahan.
(ii) Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.
(iii) Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, pelanjutan tempoh masa diberikan selama Dua (2) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.
(iv) Semua siasatan, lelongan awam dan siasatan hakmilik hilang yang telah ditangguhkan, PPTGWPKL akan mengeluarkan penetapan tarikh baharu melalui surat pemakluman yang akan dikeluarkan.
6. Bagi urusan kutipan dokumen perserahan, ianya akan dilaksanakan secara walk-in basis, dan boleh mula dikutip mulai Khamis, 1 Julai 2021. Firma-firma guaman atau wakil adalah dikehendaki untuk sentiasa mematuhi tatacara dan prosedur SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM sepanjang tempoh berurusan di premis PPTGWPKL.
7. Adalah diharapkan agar pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan memberikan kerjasama dan perhatian yang sewajarnya kepada perkara di atas.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(Nor Laili Bt Safiin)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3404 | Fax: 03-2610
✉: laili@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my
Tarikh: 29 Jun 2021
PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA KAUNTER-KAUNTER PERKHIDMATAN DI PPTGWPKL MULAI 1 JULAI 2021
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas, dan selaras dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara pada 29 Julai 2021.
2. Dimaklumkan bahawa semua operasi kaunter-kaunter perkhidmatan di Pejabat pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) akan kembali beroperasi mulai Khamis, 1 Julai 2021. Waktu operasi kesemua kaunter-kaunter tersebut adalah mulai jam 8:00 pagi sehingga 2:00 petang secara kaedah janjitemu (appointment-basis). Untuk makluman tambahan juga, PPTGWPKL telah menerima maklumbalas daripada sejumlah 248 firma guaman melibatkan sejumlah 455 set bundle perserahan yang mana suratcara-suratcara (instruments) di dalam perserahan berkenaan tamat antara 1 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021.
3. Justeru, selaras dengan perkara di perenggan 2 di atas, pihak PPTGWPKL akan mengkhususkan pemberian keutamaan kepada 248 firma guaman tersebut untuk melaksanakan perserahan melibatkan 425 set bundle berkenaan terlebih dahulu pada Khamis, 1 Julai 2021 dan Jumaat, 2 Julai 2021. Notifikasi maklumat tarikh dan slot masa perserahan untuk hadir ke PPTGWPKL akan dikemukakan secara email kepada kesemua firma guaman berkenaan selewat-lewatnya pada Rabu, 30 Jun 2021. Dipohon kerjasama kesemua firma yang telah mengemukakan maklumbalas kepada PPTGWPKL tempoh hari untuk sentiasa menyemak email yang diberikan sebelum ini.
4. Selain itu, bagi perserahan-perserahan yang tidak melibatkan suratcara yang tamat di antara tarikh 1 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021, tempahan (reservation) slot perserahan melalui e-Janjitemu akan dibuka dan ditawarkan di dalam Portal awam e-Tanah mulai 30 Jun 2021. Slot perserahan tersebut adalah bagi tarikh 5 Julai 2021 hingga 14 Julai 2021. Firma-firma guaman adalah dipelawa untuk menggunakan kemudahan tersebut. Bagi tarikh slot perserahan yang melangkaui 15 Julai 2021 dan ke atas, PPTGWPKL akan membuka tempahan slot-slot berkenaan selepas 5 Julai 2021 bagi memudahkan firma-firma guaman membuat perancangan awal.
5. Seperti mana yang telah dimaklumkan di dalam siri notifikasi terdahulu, PPTGWPKL masih mengekalkan keputusan untuk memberi pengecualian denda dan penetapan kepada perkara-perkara seperti berikut:
(i) Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir perserahan.
(ii) Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.
(iii) Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, pelanjutan tempoh masa diberikan selama Dua (2) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.
(iv) Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditangguhkan, PPTGWPKL ini akan mengeluarkan menetapkan tarikh baru dan surat pemakluman akan dikeluarkan.
6. Bagi urusan kutipan dokumen perserahan, ianya akan dilaksanakan secara walk-in basis, dan boleh mula dikutip mulai Khamis, 1 Julai 2021. Firma-firma guaman atau wakil adalah dikehendaki untuk sentiasa mematuhi tatacara dan prosedur SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM sepanjang tempoh berurusan di premis PPTGWPKL.
7. Di atas kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk memanjangkan pemakluman-pemakluman seperti di perenggan 2 hingga 5 di atas kepada semua firma-firma guaman adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(MOHD FIRDAUS BIN IBARUSLAN)
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian
(Deputy Director of Land and Mines)
Sektor Pendaftaran Tanah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3401 | Fax: 03-2610 3490
✉: mohdfirdaus@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my