MAKLUMAN | KES-KES PERAKUAN SEGERA DI MAHKAMAH RENDAH (SIVIL) SHAH ALAM SEPANJANG TEMPOH 18.3.2020 SEHINGGA 14.4.2020

Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

We have received a notification from Puan Syajaratudur Binti Abd Rahman, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya (Sivil) Shah Alam regarding the above matter.

The said notification is reproduced below for your attention.

Thank you.

Regards,
Harleen Kaur (Leena)
Nizam Bashir
Co-chairpersons
Civil Practice and Court Liaison Committee


Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dan emel bertarikh 23.3.2020 dirujuk.

2. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020, sekiranya terdapat sebarang persoalan berkenaan Perakuan Segera dan guaman sivil di Mahkamah Rendah (Sivil) Shah Alam, pihak Tuan/Puan boleh menghantar emel ke alamat emel berikut : syajaratudur@kehakiman.gov.my.

3. Untuk makluman Tuan/Puan, Tuan Mohd Sabri bin Ismail hanya mengendalikan kes berkaitan Jenayah dan POCA sahaja. Oleh itu, sebarang pertanyaan berkenaan kes sivil di Mahkamah Rendah (Sivil) Shah Alam diminta untuk berhubung dengan Puan Syajaratudur Abd Rahman melalui alamat emel yang dinyatakan di atas.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SYAJARATUDUR BINTI ABD RAHMAN)
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Rendah Malaya (Sivil)
Selangor


Tarikh: 23.3.2020

Tuan/Puan,

Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Lanjutan dari Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan bermula 18.3.2020 sehingga 31.3.2020, Mahkamah Rendah Shah Alam mengambil maklum bahawa terdapat kemungkinan Perakuan Segera akan difailkan dalam tempoh tersebut. Susulan itu, Perakuan Segera yang difailkan akan diproses seperti biasa oleh Penolong Kanan Pendaftar/ Penolong Pendaftar dan seterusnya kes tersebut akan dirujuk kepada Hakim Mahkamah Sesyen / Majistret yang berkenaan untuk arahan lanjut.

3. Walaubagaimanapun, jika terdapat isu-isu berbangkit berkenaan perkara yang tersebut di atas, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah (Sivil), Puan Syajaratudur binti Abd Rahman melalui emel di syajaratudur@kehakiman.gov.my.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah

(AMANINA BINTI MOHAMAD ANUAR)
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Rendah (Jenayah)
Selangor

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur