Jemputan Pertandingan Berbalas Pantun Undang-Undang Peringkat Kebangsaan
Pekeliling No: 149/2023
Tarikh: 13 Oktober 2023

Kepada ahli-ahli Bar Kuala Lumpur dan Pelatih Dalam Kamar yang dihormati,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Peguam Malaysia bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Berbalas Pantun Peringkat Kebangsaan seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh: 3 hingga 5 November 2023 (Jumaat hingga Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat : Kuliyah Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Bagi menjayakan program ini, Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur (“KLBC”) berbesar hati menjemput ahli-ahli Bar dan pelatih dalam kamar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Kami memerlukan 3 orang pemantun (satu pasukan) sebagai wakil dari KLBC.
 
Untuk makluman, pertandingan ini terbuka kepada pelatih dalam kamar dan peguam muda (maksimum dua tahun pengalaman). Permohonan pernyertaan boleh didaftarkan di sini selewat-lewatnya pada Rabu, 18 Oktober 2023. Pemohon yang dipilih akan dimaklumkan melalui emel.
 
Sila rujuk Garis Panduan Pertandingan Berbalas Pantun untuk maklumat lanjut.Sekian.

Alvin Oh Seong Yew
Pengerusi
Jawatankuasa Bar Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur