KLBC Circular No 113/2020 | Expansion of e-Court System to All Lower Courts in Peninsular Malaysia

Circular No: 113/2020
Date: 24 September 2020


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

We have received a notification from the Director of e-Courts, Puan Hamidah Binti Mohamed Deril regarding the above matter.
The said notification is reproduced below for your attention.

Thank you.

Regards,
Harleen Kaur (Leena)
Nizam Bashir

Co-Chairpersons
Civil Practice and Court Liaison Committee


Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman Tuan/ Puan, sejak tahun 2017, sistem e-Kehakiman telah dilaksanakan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah yang beroperasi di 21 lokasi mahkamah di Semenanjung. Sistem e-Kehakiman ini akan diluaskan pelaksanaannya di baki 76 lokasi Mahkamah Rendah di Semenanjung secara berperingkat mulai 22 September 2020 hingga Januari 2021. Jadual pelaksanaan tersebut adalah seperti yang dilampirkan di LAMPIRAN A.

3. Sehubungan dengan itu, setiap firma guaman dikehendaki membuat pemfailan kes sivil dan jenayah ke mahkamah secara dalam talian (“online”) menggunakan Sistem e-Filing di pautan https://efiling.kehakiman.gov.my daripada pejabat masing-masing. Oleh yang demikian, tiada pemfailan kes / dokumen secara manual akan diterima di kaunter-kaunter mahkamah bermula daripada tarikh pelaksanaan sistem e-Filing di lokasi mahkamah yang berkaitan.

4. Kerjasama uan/ Puan adalah dimohon untuk memaklumkan jadual pelaksanaan peluasan dan latihan Sistem e-Kehakiman kepada semua peguam dan pihak-pihak yang terlibat supaya proses pendaftaran pengguna, permohonan sijil digital dapat diselesaikan sebelum tarikh pelaksanaan sistem di lokasi peluasan.

5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi Puan Najlaa atau Puan Rosnaida di talian 03-8880 3529 / 3914 / 4152 atau melalui emel di ekehakiman@kehakiman.gov.my.

6. Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL
Pengarah
Bahagian e-Kehakiman
b/p Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 3, Istana Kehakiman
Presint 3, 62506 Putrajaya
Telefon : 03 88803531

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur