Court Operations In Kuala Lumpur During The Extension Of The Movement Control Order From 5 February To 18 February 2021

Circular No: 024/2021
Date: 8 February 2021


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has just received an email notification from the Director of the Kuala Lumpur Courts regarding the above matter.

Kindly take note that the following service counters at the Kuala Lumpur Court will resume operations from 8 February 2021 (Monday):-
(i) Registration counter;
(ii) Power of Attorney;
(iii) Commissioner for Oaths; and
(iv) Service Bureau.

The said notification is reproduced below for your attention and further information.

Regards,
Harleen Kaur (Leena)
Nizam Bashir

Co-Chairpersons
KLBC Civil Practice & Court Liaison Committee


OPERASI MAHKAMAH KUALA LUMPUR SEMASA PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PEGERAKAN (PKP) BERKUAT KUASA MULAI 5 FEBRUARI HINGGA 18 FEBRUARI 2021

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sebagaimana Tuan/Puan sedia maklum, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan pada 2 Februari 2021 telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 5 Februari sehingga 18 Februari 2021 kecuali Negeri Sarawak.

3. Sehubungan dengan itu, adalah saya diarahkan oleh YBrs. Tuan Ahmad Terrirudin Bin Mohd Salleh, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk memaklumkan bahawa arahan-arahan dan tatacara-tatacara yang berikut (seperti di Lampiran) adalah terpakai untuk Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sepanjang tempoh pelaksanaan PKP:

(i) Arahan-Arahan Berhubung Dengan Pengendalian Kes Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bertarikh 12 Januari 2021;

(ii) Arahan Mengenai Pengendalian Prosiding Kes Jenayah Di Mahkamah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bertarikh 20 Januari 2021; dan

(iii) Tatacara Operasi Standard Pencegahan Wabak Covid-19 Di Mahkamah Seluruh Malaysia Bagi Pengguna Mahkamah yang diedarkan melalui e-mel bertarikh 20 Januari 2021.

4. Untuk makluman tuan/puan juga, semua prosiding kes jenayah di Mahkamah terbuka akan terus dijalankan sebagaimana yang dijadualkan.

5. Manakala perkhidmatan kaunter-kaunter berikut di Mahkamah Kuala Lumpur akan dibuka semula mulai 8 Februari 2021 (Isnin) :

(i) Kaunter pendaftaran;
(ii) Kaunter Surat Kuasa Wakil;
(iii)Kaunter Pesuruhjaya Sumpah; dan
(iv) Kaunter Biro Servis

6. Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai-pegawai seperti di Lampiran 1. Perhatian dan kerjasama Tuan/ Puan dalam perkara di atas amatlah dihargai.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur