Court Operations In Kuala Lumpur During The Covid-19 Pandemic Period Effective 7 December 2020

Circular No: 159/2020
Date: 3 December 2020


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

We have just received a notification via email from the Director of the Kuala Lumpur Courts regarding the above matter.

The said notification is reproduced below for your attention and information.

Kindly take note.

Regards,
Harleen Kaur (Leena)
Nizam Bashir
Co-Chairpersons
KLBC Civil Practice & Court Liaison Committee


MAKLUMAN OPERASI MAHKAMAH DI KUALA LUMPUR SEMASA TEMPOH PANDEMIK COVID-19 BERKUATKUASA MULAI 7 DISEMBER 2020

Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan e-mel kami bertarikh 13 Oktober 2020 adalah berkaitan.

2. Adalah saya diarahkan oleh YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk memaklumkan bahawa Mahkamah-Mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan kembali beroperasi secara fizikal berkuat kuasa mulai 7 Disember 2020 mengikut jadual yang ditetapkan sambil mengekalkan operasi secara dalam talian sebagaimana yang berikut:

(a) Bagi Prosiding Pendengaran Kes-kes di Mahkamah Tinggi dan Rendah Kuala Lumpur

Mahkamah Jenayah;

Semua Mahkamah yang mendengar kes jenayah di Mahkamah terbuka akan bersidang pada setiap hari dan mendengar kes sebagaimana yang telah dijadualkan sebagaimana yang dipersetujui oleh Hakim Pengurus yang berkenaan.

Mahkamah Sivil;

(i) Semua prosiding yang boleh dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh akan dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh;

(ii) Semua prosiding yang perlu dijalankan di Mahkamah terbuka akan dijalankan seperti yang dijadualkan mengikut sistem penggiliran sebagaimana yang dipersetujui oleh Hakim Pengurus yang berkenaan;

(iii) Hakim atau Majistret yang tidak mendengar kes di Mahkamah terbuka pada hari tersebut tidak akan hadir dan akan bertugas dari rumah; dan

(iv) Hakim atau Majistret yang mendengar kes di Mahkamah terbuka pada hari berkenaan, pegawai dan kakitangan kepada Hakim atau Majistret tersebut akan hadir ke pejabat.

• Kehadiran pihak-pihak dalam mahkamah terbuka akan diminimumkan, di mana masa sebutan/perbicaraan/pendengaran kes pada tarikh sebutan/perbicaraan/pendengaran akan ditetapkan secara masa berperingkat (staggered timing); dan

• Pihak-pihak hendaklah hadir mengikut tarikh dan masa berperingkat yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dan pihak-pihak dinasihatkan untuk tidak berada di dalam mahkamah terbuka sehingga kes dipanggil.

(b) Kehadiran pihak-pihak di Mahkamah terbuka

  • Pematuhan SECARA KETAT di mana hanya pihak-pihak yang terlibat sahaja yang dibenarkan berada di Mahkamah terbuka seiring dengan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) Pencegahan Wabak COVID-19 di Mahkamah Seluruh Malaysia Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertarikh 3 Mei 2020 [berkaitan penetapan kes secara masa berperingkat (staggered timing) dan penjarakan fizikal (physical distancing)].

(c) Waktu persidangan di Mahkamah terbuka

  • Waktu persidangan di Mahkamah terbuka akan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 3.30 petang bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan di bilik bicara Mahkamah.

3. Senarai Pegawai-Pegawai di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Kuala Lumpur dan Pusat Mediasi Kuala Lumpur yang boleh dihubungi adalah seperti di Lampiran 1.

4. Perhatian dan kerjasama Tuan/ Puan dalam perkara di atas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur