Cleaning Service at the Kuala Lumpur Court Complex

Dear Members of the Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has received numerous complaints regarding the cleanliness issues from the Cafeteria to the washrooms at the Kuala Lumpur Court Complex. These complaints have been forwarded to Tuan Ahmad Fairuz bin Mohd. Puzi, Deputy Registrar (Administration) of the Kuala Lumpur High Court. The Deputy Registrar has responded on 17 July 2018 informing the current situation and had requested for his response to be forwarded to members of the Bar.

The response is reproduced below for your attention.

Muhendaran Suppiah
Chairperson
Civil Practice and Court Liaison Committee

______________________________________________________________________________

Perkhidmatan Pembersihan Bangunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Puan,

Saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa syarikat Perfect Three Corporation Sdn. Bhd. yang membekalkan Perkhidmatan Pembersihan Bangunan dan Pejabat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL) telah menyerahkan Notis Penamatan Kontrak kerana masalah yang sedang dihadapi oleh syarikat tersebut. Oleh yang demikian, syarikat berkenaan tidak dapat membekalkan perkhidmatan sepertimana di dalam kontrak.
  1. Bahagian Pengurusan KMKL sedang mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan perkara ini dalam jangka masa yang sesegera boleh termasuk penyediaan kontrak baru dengan pembekal lain. Sebarang maklumat berkaitan perkembangan isu ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa kepada pihak Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur
  1. Pihak Pentadbiran KMKL memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi berkaitan perkara ini .

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

AHMAD FAIRUZ BIN MOHD PUZI
Timbalan Pendaftar (Pentadbiran)
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur