Circular No: 149/2021
Date: 1 July 2021
Vivekananda Sukumaran
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee
Tarikh: 1 Julai 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datin / Tuan / Puan,
MAKLUMAN PEMBUKAAN OPERASI KAUNTER MAHKAMAH KUALA LUMPUR DALAM TEMPOH FASA PERTAMA PELAN PEMULIHAN NEGARA
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datin / tuan / puan, terdapat arahan terkini berkenaan operasi Kaunter Pendaftaran Mahkamah Kuala Lumpur bagi perkhidmatan yang tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian. Senarai Kaunter yang dibuka dan tatacara operasi adalah seperti LAMPIRAN.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan Notis Makluman Pembukaan Kaunter Mahkamah Kuala Lumpur dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara untuk tindakan pihak YBhg. Datin / tuan / puan.
4. Emel pihak Pentadbiran Mahkamah Kuala Lumpur bertarikh 30 Jun 2021 adalah dibatalkan.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19″
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur