Training Session For e-Filing System At The Kuala Lumpur Court Complex

Circular No: 137/2022
Date: 23 September 2022


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

We have received invitations from the Director of e-Courts, Tuan Mohamad Kamil bin Nizam entitled “Jemputan Untuk Menghadiri Latihan Sistem E-Kehakiman Bagi Tahun 2022 Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur” dated 21 and 22 September 2022.

The Courts are providing training to new and existing users on new features and improvements that have been introduced into the e-Filing System. Members and their clerical/administrative staff are hereby encouraged to attend the training. The training session will be held on Monday, 3 October 2022 from 9:30am to 1:00pm at the Library Foyer, Level 7, Kuala Lumpur Court Complex.

For further information, the said invitation is reproduced below.

Vivekananda Sukumaran
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee

Nimalan Devaraja
Lim Yin Faye

Co-Chairpersons
Civil Practice & Court Liaison Committee


22 September 2022

RALAT: JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN SISTEM E-KEHAKIMAN BAGI TAHUN 2022 DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan, satu sesi latihan kepada para pengguna sistem e-Filing yang melibatkan agensi kerajaan dan firma guaman pada 28 September 2022 (Rabu) dijadualkan semula pada 03 Oktober 2022 (Isnin). Tiada perubahan terhadap tempat dan masa bagi sesi tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan atau wakil adalah dijemput untuk menghadiri latihan yang akan diadakan tersebut mengikut tarikh serta lokasi yang ditetapkan seperti di LAMPIRAN A. Kerjasama YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan adalah dimohon untuk memanjangkan jemputan ini kepada para pengguna sistem e-Filing di agensi atau firma masing-masing.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan boleh menghubungi Puan Norhanum binti Hassan di talian 03-88803587 atau Puan Rosnaida binti Abdul Razak di talian 03-88803914 atau melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my.

5. Sebarang kesulitan yang dialami amatlah dikesali. Perhatian YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHAMAD KAMIL BIN NIZAM
Pengarah Bahagian e-Kehakiman
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Tel : 0388803531


21 September 2022

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN SISTEM E-KEHAKIMAN BAGI TAHUN 2022 DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya diarahkan oleh YBrs Puan Ketua Pendaftar untuk memaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan mengadakan satu siri latihan kepada para pengguna sistem e-Filing daripada pelbagai agensi kerajaan, agensi penguatkuasa dan firma guaman. Objektif latihan ini adalah untuk memberi latihan kepada para pengguna baru, memantapkan kemahiran para pengguna yang sedia ada, dan memberi penerangan mengenai fungsi-fungsi baru serta penambahbaikan yang telah dibuat dalam sistem e-Filing.

3. Sehubungan dengan itu, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan atau wakil adalah dijemput untuk menghadiri latihan yang akan diadakan tersebut mengikut tarikh serta lokasi yang ditetapkan seperti di LAMPIRAN A. Kerjasama YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan adalah dimohon untuk memanjangkan jemputan ini kepada para pengguna sistem e-Filing di agensi atau firma masing-masing.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan boleh menghubungi Puan Norhanum binti Hassan di talian 03-88803587 atau Puan Rosnaida binti Abdul Razak di talian 03-88803914 atau melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my.

5. Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHAMAD KAMIL BIN NIZAM
Pengarah Bahagian e-Kehakiman
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Tel : 0388803531

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur