Training Session For e-Filing System At Istana Kehakiman, Putrajaya

Circular No: 112/2024
Date: 28 June 2024


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

We have received an invitation dated 28 June 2024 from the Director of e-Courts, Tuan Harmi Thamri Bin Mohamad @ Shaharudin entitled “Jemputan Untuk Menghadiri Latihan Sistem E-Kehakiman Bagi Tahun 2024 di Istana Kehakiman, Putrajaya”.

The Courts have extended an invitation to members and/or law firms to attend training sessions for the EFS system at Istana Kehakiman, Putrajaya (“POJ”). Members and their clerical/administrative staff are hereby encouraged to attend the training sessions. The training sessions will be held on Wednesday, 17 July 2024 from 9:30am to 12:30pm at Dewan Persidangan, Aras 1 (Utara), POJ.

Please click here to access the registration form. Kindly confirm your attendance by Monday, 8 July 2024.

The said invitation is reproduced below for further information.

Alvin Oh Seong Yew
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee

Nimalan Devaraja
Shugan Raman
S.Saravana Kumar
Co-Chairpersons
Civil Practice & Court Liaison Committee


 
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN SISTEM E-KEHAKIMAN BAGI TAHUN 2024 DI ISTANA KEHAKIMAN, PUTRAJAYA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan mengadakan satu siri latihan kepada para pengguna sistem e-Filing daripada pelbagai agensi kerajaan, agensi penguatkuasa dan firma guaman. Objektif latihan ini adalah untuk memberi latihan kepada para pengguna baru, memantapkan kemahiran para pengguna yang sedia ada, dan memberi penerangan mengenai fungsi-fungsi baru serta penambahbaikan yang telah dibuat dalam sistem e-Filing.

3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan atau wakil adalah dijemput untuk menghadiri latihan yang akan diadakan tersebut mengikut tarikh serta lokasi yang ditetapkan seperti di LAMPIRAN A.

4. Oleh itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dimohon untuk memanjangkan jemputan ini kepada para pengguna sistem e-Filing di agensi atau firma masing-masing dan maklumbalas awal mengenai pengesahan kehadiran daripada setiap agensi dan firma adalah diperlukan sebelum/pada 08 Julai 2024 (Isnin). Mohon untuk mengisi kehadiran menggunakan pautan yang telah disertakan https://forms.office.com/r/kNYHf3wfUZ dan tiada keperluan untuk menghantar secara emel senarai pengguna yang akan menghadiri sesi latihan tersebut.

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Nuruhuda binti Mohd Yusof di talian 03-88803587 atau Puan Nurul Farhana binti Mohd Najib di talian 03-88803529 atau Encik Muhammad Shafiq bin Esa di talian 03-88804161 atau melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my.

6. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

…………………………t.t……………………………….
HARMI THAMRI BIN MOHAMAD @ SHAHARUDIN
Pengarah
Bahagian e-Kehakiman
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur