Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,
We have received a notification from Amanina Binti Mohamad Anuar, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Selangor regarding the above matter.
The said notification is reproduced below for your attention.
Thank you.
Regards,
Harleen Kaur (Leena)
Nizam Bashir
Co-chairpersons
Civil Practice and Court Liaison Committee
Tuan/Puan,
Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berikutan dari pelbagai pertanyaan yang diterima berkenaan perkara tersebut di atas, adalah dimaklumkan bahawa kes-kes yang telah ditetapkan untuk Sebutan / Bicara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Walaubagaimanapun, terdapat Pegawai dan Kakitangan Mahkamah yang telah ditugaskan bagi tujuan Sebutan Pertuduhan Kes Jenayah baharu dan Permohonan Reman sepanjang tempoh tersebut.
3. Sehubungan itu, isu-isu berbangkit yang timbul berkenaan perkara tersebut di atas, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
i. Pn. Amanina binti Mohamad Anuar melalui emel di amanina@kehakiman.gov.my;
ii. Pn. Mislia binti Hj. Mohd Aris melalui emel di mislia@kehakiman.gov.my; atau
ii. Tn. Muhammad Asraf bin Hashim melalui emel di muhammadasraf@kehakiman.gov.my
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Amanah
AMANINA BINTI MOHAMAD ANUAR
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Rendah
Selangor