Circular No: 160/2020
Date: 4 December 2020
Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,
The Kuala Lumpur Bar Committee has just received a notification from Tuan Ashraf Rezal Bin Abdul Manan, Supervising Deputy Registrar, Commercial Division of the Kuala Lumpur High Court regarding the above matter.
Please take note that the Commercial Division High Courts and the Civil Subordinate Courts will commence operations from 7.12.2020 in compliance with the applicable standard operating procedures. We are advised that the Courts will operate by way of rotation on an alternate week basis. Please refer to the attached Schedule to know which Commercial High Court is operational during a particular week. (We will be sending out a separate circular with the schedule for the Civil Subordinate Courts)
Members are further advised to also check the EFS website (efs.kehakiman.gov.my/efsweb) to know the timings of their matters because matters will be fixed on a staggered basis. Take note that Members will only be allowed to enter the Court Complex between 15 to 30 minutes prior to the time fixed for their respective matters.
We further attach the applicable Guidelines, Standard Operating Procedures dated 3 May 2020 and The Judiciary’s Standard Operating Procedures (SOP) During The Covid-19 Pandemic dated 11 May 2020 issued by the Chief Registrar’s office, for your reference.
The said notification is reproduced below for your attention and further information.
Kindly take note.
Harleen Kaur (Leena)
Nizam Bashir
Co-Chairpersons
KLBC Civil Practice & Court Liaison Committee
YBer. Puan Suzana Binti Atan
Ketua Bahagian Guaman
Jabatan Peguam Negara
YBer. Cik Harleen Kaur
Pengerusi Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Saya telah diarahkan oleh YA Datuk Nallini Pathmanathan, HMP merangkap Hakim Pengurus bagi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Bahagian Dagang dan Mahkamah Rendah Bahagian Sivil untuk menyampaikan perkara ini ke perhatian Puan.
3. Selaras dengan arahan YAA Hakim Besar Malaya dan emel YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh 30 November 2020 (seperti di bawah), semua mahkamah di Mahkamah Tinggi Bahagian Dagang dan Mahkamah Rendah Bahagian Sivil di Kuala Lumpur, akan mula dibuka untuk beroperasi mulai 7 Disember 2020.
4. Pengoperasian ini masih lagi secara dalam talian sebagai pilihan utama. Pada masa yang sama, pengendalian secara fizikal juga dibenarkan mengikut had tertentu dan penggiliran.
5. Untuk itu, suatu Jadual Penggiliran Operasi Mahkamah Tinggi Bahagian Dagang telah dimuktamadkan oleh YA Hakim Pengurus. Kini, dikepilkan untuk perhatian pihak Puan. (Jadual penggiliran bagi Bahagian lain di Mahkamah Kuala Lumpur akan diberikan secara berasingan oleh Timb. Pendaftar Pengurus Bahagian masing-masing). Untuk semakan senarai kausa kes, dijemput untuk membuat semakan di pautan https://efs.kehakiman.gov.my/efsweb/
6. Turut dikepilkan, Garis Panduan dan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar berkaitan perkara ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
ASHRAF REZAL BIN ABDUL MANAN
Timbalan Pendaftar
Unit Hakim Pengurus Bahagian Dagang
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
ashraf@kehakiman.gov.my
013.3747.184
03.6209.4941
YA-YA/YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah saya diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk melampirkan bersama-sama ini Garis Panduan Pengendalian Kes Secara Fizikal dan Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Seluruh Malaysia Semasa Tempoh Pandemik COVID-19 yang akan berkuat kuasa mulai 7 Disember 2020 (Isnin).
3. Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan berhubung dengan garis panduan ini, YA-YA/YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:
(a) Mahkamah Persekutuan Malaysia
Puan Jumirah binti Marjuki
Timbalan Kanan Pendaftar
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan
03-88803947 / 019-7302253 / jumirah@kehakiman.gov.my
(b) Mahkamah Rayuan Malaysia
Puan Norliza binti Othman
Pendaftar Mahkamah Rayuan
03-88804045 / 012-2367976 / norliza@kehakiman.gov.my
(c) Mahkamah Tinggi Malaya
Puan Hasbi binti Hasan
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
03-88803702 / 012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov.my
(d) Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak
Puan Amelati Parnell
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak
088-286100 / 019-8195908 / amelati@kehakiman.gov.my
(e) Mahkamah Rendah Malaya
Tuan M. Bakri bin Abd Majid
Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
03-88809418 / 019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my
(f) Mahkamah Rendah Sabah & Sarawak
Tuan Jason Juga
Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah & Sarawak
083-442228 (samb. 136) / 019-8346554 / jason@kehakiman.gov.my
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)
Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia