Operation At The Selangor Land And Mines Office During The Conditional Movement Control Order From 14 To 27 October 2020

Circular No: 118/2020
Date: 13 October 2020


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has just received an email notification from the Selangor Land and Mines Office regarding the above matter.

The said notification is reproduced below for your attention and information.

Kindly take note.

Vivekananda Sukumaran
Chairperson
Corporate and Conveyancing Practice Committee


PEMAKLUMAN OPERASI DI PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR SEWAKTU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT BERMULA DARI 14 OKTOBER 2020 HINGGA 27 OKTOBER 2020

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan juga pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan) pada 12 Oktober 2020 berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga di Negeri Selangor yang akan bermula pada 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020 juga adalah berkaitan.

2. Lanjutan daripada pengumuman tersebut dan juga sebagai langkah-langkah pencegahan untuk membendung penularan wabak Covid-19 di Negeri Selangor, Pentadbiran ini akan melaksanakan peraturan-peraturan seperti berikut di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor bermula pada 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020:

1. Urusan kaunter akan dihadkan.
2. Urusan perserahan akan menggunakan kaedah Sistem “Smartbox” sepenuhnya.
3. Bilik runding cara akan ditutup buat sementara waktu sehingga tamat tempoh Perintah Kawalah Pergerakan Bersyarat (PKPB).
4. Urusan pungutan dokumen akan dilaksanakan secara temujanji bermula pada 14 Oktober 2020 (Rabu).

3. Sehubungan dengan itu, Pentadbiran ini memohon kerjasama pihak YBhg. Dato’/Tuan / Puan untuk memaklumkan tentang perkara ini kepada semua firma guaman yang terlibat bagi memudahkan urusan di kedua belah pihak. Bagi sebarang pertanyaan pihak YBhg. Dato’/Tuan / Puan boleh menghubungi talian 03-5544 7860 / 55447446 atau 03-5544 7326 dan email kepada pendaftaranptg@selangor.gov.my.

4. Segala kerjasama dan tindakan segera daripada pihak YBhg. Dato’/Tuan / Puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Marilah kita bersama-sama membendung penularan wabak Covid-19 melalui kerjasama yang erat di antara semua pihak. Semoga kita akan berjaya akhirnya.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Dimaklumkan bahawa operasi kaunter pungutan hasil di PTGS akan beroperasi bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari sahaja sepanjang PKPB ini berikutan penutupan operasi bank komersial pada jam 3.00 petang di dalam tempoh masa ini.

Sekian, terima kasih.

“MEMBANGUN BANGSA MEMAKMUR NEGERI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Mohamad Hazrin bin Zakaria
Bahagian Pendaftaran Hakmilik
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur