Operation Of The Registration Division At The Kuala Lumpur Lands And Mines Office (PPTG WPKL)

Circular No: 022/2021
Date: 6 February 2021


Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has received a notification from Puan Nor Laili Bt Safiin, Penolong Pengarah Bahagian Pendaftaran, PPTG WPKL regarding the above.

Please be informed that all counters of the Registration Division at PPTG WPKL have been fully operational since 2 February 2021. For the purpose of minimising face-to-face dealings, walk-ins for searches are no longer allowed from 2 February 2021. Members are strongly urged to use the e-Tanah online service as well as the Single Window Search for their matters.

The said notification is reproduced below for your attention and further information.

Thanks & regards,
Vivekananda Sukumaran
Chairperson
KLBC Corporate and Conveyancing Practice Committee


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormat saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa semua kaunter-kaunter Bahagian Pendaftaran di PPTGWPKL telah kembali beroperasi sepenuhnya kepada pelanggan sejak Selasa, 2 Februari 2021. Sehubungan dengan itu, semua urusan berkaitan Siasatan dan Lelongan Awam yang telah dijadualkan akan diteruskan selaras dengan SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh MKN bertarikh 27 Januari 2021, Perutusan Khas Perdana Menteri berkenaan pengoperasian Sektor Ekonomi dan dasar-dasar PPTGWPKL.

3. Bagi tujuan mengurangkan tempoh masa berurusan secara bersemuka (face-to-face), Pentadbiran ini amat menggalakkan para pelanggan untuk memaksimakan penggunaan urusan perkhidmatan yang boleh dibuat secara online seperti Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Bayaran-Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah dilaksanakan melalui gerbang Portal Rasmi PPTG WPKL serta gerbang Single Window Search (SWS). Oleh yang demikian, pengguna Sistem e-Tanah yang telah berdaftar adalah dinasihati untuk membuat permohonan secara online. Tiada lagi permohonan Carian Rasmi dan Carian Persendirian diterima secara walk-in di Kaunter Carian yang telah berkuatkuasa bermula 2 Februari 2021 bagi pengguna yang telah berdaftar di Sistem e-Tanah. Langkah ini diambil demi untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19 serta dapat memaksimakan jumlah pelanggan yang hadir untuk tujuan perserahan (presentation) dokumen pendaftaran.

4. Para pelanggan yang hadir ke premis PPTGWPKL adalah diwajibkan untuk mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan, termasuk memakai pelitup muka (face-mask) setiap masa, menjalani pemeriksaan suhu badan, mendaftar masuk (check-in) kehadiran melalui aplikasi MySejahtera; dan mengamalkan penjarakan sosial (social-distancing) serta menggunakan sanitasi tangan (hand-sanitizer) yang disediakan.

5. Makluman ini disampaikan untuk tindakan dan hebahan dipihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(Nor Laili Bt Safiin)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3404 | Fax: 03-2610
✉: laili@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur