The Kuala Lumpur Bar Committee has received a notification dated 10 December 2018 from Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) regarding the above.
The said notification is reproduced below for easy reference or click here for a copy.
Vivekananda Sukumaran
Chairperson
Corporate and Conveyancing Practice Committee
LATIHAN SISTEM PENGURUSAN PEMBIAYAAN (LMS) KEPADA PEGUAM BERDAFTAR LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa LPPSA akan melancarkan Sistem Pengurusan Pembiayaan (Loan Management System “LMS”) baharu yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2019. Sistem ini akan melibatkan peguam sebagai pengguna (user) bagi dua (2) modul iaitu Dokumentasi Pembiayaan dan Litigasi. Sehubungan itu, satu siri latihan LMS percuma kepada Peguam Berdaftar LPPSA sahaja akan dilaksanakan pada bulan Disember 2018 dan Januari 2019.
3. Adalah dimohon jasa baik pihak tuan untuk menghebahkan perkara ini kepada ahli-ahli seperti makluman di notis hebahan LPPSA di lampiran. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Robiatul Adawiyah Ujud di talian 03-88802004 dan Cik Nurul Asiqin Mohamad Shafie di talian 03-88802740.
Sekian terima kasih.