Important Notification: Clinics for E-Filing System Phase 2
Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,
The Kuala Lumpur Bar Committee had just received a notification from Puan Hamidah binti Mohamed Deril, Deputy Registrar of the e-kehakiman unit regarding the above matter.
The notification is reproduced below for your reference.
Thank you.
Muhendaran Suppiah
Honorary Secretary
Kuala Lumpur Bar Committee
________________________________________________________
KLINIK SISTEM E-FILING UNTUK FIRMA GUAMAN DI MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Tuan,
Seperti yang pihak tuan sedia maklum, Sistem e-Kehakiman Fasa 2 telah dilaksanakan di Mahkamah Kuala Lumpur mulai 13 Jun 2017. Berdasarkan pemantauan aktiviti di kaunter Biro Perkhidmatan, adalah didapati masih banyak firma guaman yang tidak menggunakan online filing dan kaunter biro menjadi sesak setiap hari.
Bagi memudahkan para peguam membuat persediaan untuk online filing, pihak Omesti dan pihak Augmented (pembekal token untuk sijil digital) telah bersetuju untuk mengadakan sesi klinik e-filing bagi membolehkan para peguam mendapat personal training untuk memudahkan capaian sistem e-filing secara online. Peguam boleh membawa laptop masing-masing untuk keperluan teknikal seperti MPKI, login ID dan password, permohonan token dan juga bertanya sebarang isu berkaitan e-filing. Sesi klinik e-filing tersebut akan diadakan pada:-
Tarikh: 19 hingga 23 Jun 2017
Masa : mulai jam 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mawar, Aras 7, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Oleh itu, mohon supaya pihak Bar Council dan KL Bar untuk memajukan maklumat ini kepada semua peguam supaya mereka dapat memanfaatkan khidmat yang disediakan oleh pihak mahkamah untuk kebaikan semua pihak.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Hamidah binti Mohamed Deril
(HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL)
Timbalan Pendaftar (Pentadbiran),
Pejabat Ketua Pendaftar,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 3 Istana Kehakiman,
62506 Putrajaya.
Tel : 03 8880 3530