Circular No: 050/2022
Date: 24 May 2022
Kuala Lumpur Bar Committee
Rajsurian Pillai
Co-Chairpersons
Criminal Law Practice Committee
PEMAKLUMAN PERSIDANGAN PEGAWAI KEHAKIMAN PADA 9 – 12 JUN 2022
YBhg. Datin,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa semua pegawai kehakiman termasuk Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret dijadualkan menghadiri Persidangan Pegawai-Pegawai Kehakiman yang akan diadakan pada 9 sehingga 12 Jun 2022 (4 hari) di Johor Bahru.
3. Oleh yang demikian, semua kes Mahkamah Sesyen dan Majistret Jenayah Kuala Lumpur akan disebut di hadapan Majistret bertugas iaitu Puan Mageswary a/p Subramaniam (Mahkamah Majistret Jenayah 9) untuk prosiding pada tarikh 9 dan 10 Jun 2022.
4. Sehubungan dengan itu, mohon jasabaik pihak YBhg. Datin untuk makluman ini dipanjangkan kepada semua Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur dan pihak-pihak berkenaan.
Segala kesulitan adalah amat dikesali.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur