Circular No: 135/2023
Date: 26 September 2023
Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,
We have received an invitation dated 25 September 2023 from the Director of e-Courts, Tuan Mohamad Kamil bin Nizam entitled “Jemputan Untuk Menghadiri Latihan Sistem E-Kehakiman Bagi Tahun 2023 Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur”.
The Courts have extended an invitation to members and/or law firms to attend training sessions on new features and improvements that have been introduced into the e-Filing System. Members and their clerical/administrative staff are hereby encouraged to attend the training sessions. The training sessions will be held on 3 and 4 October 2023 from 9:30am to 1:00pm at the Library Foyer, Level 7, Kuala Lumpur Court Complex.
Please click here for the Schedule. The said invitation is reproduced below for further information.
Alvin Oh Seong Yew
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee
Nimalan Devaraja
Shugan Raman
Co-Chairpersons
Civil Practice & Court Liaison Committee
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN SISTEM E-KEHAKIMAN BAGI TAHUN 2023 DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan mengadakan satu siri latihan kepada para pengguna sistem e-Filing daripada pelbagai agensi kerajaan, agensi penguatkuasa dan firma guaman. Objektif latihan ini adalah untuk memberi latihan kepada para pengguna baru, memantapkan kemahiran para pengguna yang sedia ada, dan memberi penerangan mengenai fungsi-fungsi baru serta penambahbaikan yang telah dibuat dalam sistem e-Filing.
3. Sehubungan dengan itu, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan atau wakil adalah dijemput untuk menghadiri latihan yang akan diadakan tersebut mengikut tarikh serta lokasi yang ditetapkan seperti di LAMPIRAN A.
4. Kerjasama YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan pihak Tuan/Puan adalah dimohon untuk memanjangkan jemputan ini kepada para pengguna sistem e-Filing di agensi atau firma masing-masing. Oleh itu maklumbalas awal mengenai pengesahan kehadiran daripada setiap agensi dan firma adalah diperlukan sebelum/pada 29 September 2023. Mohon untuk mengisi kehadiran menggunakan pautan yang telah disertakan https://forms.office.com/r/naBv1ij3rs
5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan boleh menghubungi Puan Norhanum binti Hassan di talian 03-88803587 atau Puan Rosnaida binti Abdul Razak di talian 03-88803914 atau melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my.
6. Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Amanah,
MOHAMAD KAMIL BIN NIZAM
Pengarah Bahagian e-Kehakiman
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Putrajaya