Circular No: 024/2023
Date: 9 March 2023
Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,
We have received an email notification on 7 March 2023 from the Kuala Lumpur Court regarding the above.
Kindly be informed that Phase 3 upgrading works will commence from 10 March 2023 to 10 April 2023 and will involve 10 courtrooms.
Click on the links below to view the schedule provided by the Kuala Lumpur Court in respect of the carrying out of the works:
(a) Schedule of transfer phase 3 from 10 March 2023 to 10 April 2023
(b) List of telephone extension numbers for temporary Courts
The said email notification from the Kuala Lumpur Court is reproduced below.
Alvin Oh Seong Yew
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee
No. Rujukan: MKL.200-7/4/1 Jld. 5 (66)
Tarikh: 7 Mac 2023
Tuan/Puan,
HEBAHAN PERALIHAN MAHKAMAH BAGI PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN KARPET DAN SISTEM SPRINKLER DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR – FASA 3
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, Kerja-Kerja Penggantian Karpet dan Menaik Taraf Sistem Sprinkler telah dilaksanakan mulai 3 Januari 2023 di 84 Mahkamah mengikut Fasa seperti emel pemakluman yang telah diemelkan kepada tuan/puan bertarikh 15 Disember 2022. Sehubungan itu, tuan/puan boleh membuat persediaan peralihan mahkamah pada 9 Mac 2023 (Khamis) dan penyerahan kunci mahkamah transit dibuat pada hari tersebut jam 4.00 petang (sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Unit Keselamatan). Berikut adalah mahkamah yang terlibat:
3. Dalam perkara ini, mohon kerjasama tuan/puan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum berpindah di mahkamah transit adalah seperti berikut:
- memastikan semua almari / locker / laci meja / kabinet besi hendaklah dikunci;
- memastikan tiada fail atau dokumen terperingkat serta barangan peribadi di dalam kamar hakim dan mahkamah terbuka;
- memastikan semua punca kuasa peralatan elektrik ditutup sebelum berpindah keluar ke mahkamah yang telah ditetapkan;
- bilik simpanan barang kes hendaklah dikosong;
- segala urusan pengalihan fail / dokumen adalah dibawah tanggungjawab pegawai/kakitangan mahkamah masing-masing; dan
- sebarang pergerakan aset tidak dibenarkan (telefon adalah dikecualikan).
4. Bersama-sama ini dikemukakan Jadual Peralihan Mahkamah bagi Fasa 3 dan Senarai Nombor Sambungan Telefon di Mahkamah Transit adalah seperti di Lampiran untuk rujukan dan makluman tuan/puan. Bagi tujuan kesempurnaan dan kelancaran kerja-kerja penggantian karpet dan sprinkler, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk berpindah semula ke mahkamah asal pada tarikh akhir tempoh siap kerja mengikut pada jadual dan bukan sebelum tarikh tersebut. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Unit Pembangunan & Senggara
Bahagian Pengurusan
b.p. Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur