Circular No: 109/2021
Date: 25 May 2021
- Courts Registration counter;
- Power of Attorney; and
- Service Bureau.
- Division Supervisory Officer, Kuala Lumpur Courts
- Civil Division officer, Kuala Lumpur High Court
- Commercial Division officer, Kuala Lumpur High Court
- Criminal Division officer, Kuala Lumpur High Court
The said notification is reproduced below for your attention and further information.
Vivekananda Sukumaran
Chairman
Kuala Lumpur Bar Committee
OPERASI MAHKAMAH KUALA LUMPUR SEMASA PERINTAH KAWALAN PEGERAKAN (PKP) 3.0 DIPERKETATKAN BERKUAT KUASA MULAI 25 MEI HINGGA 7 JUN 2021
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan emel terdahulu bertarikh 6 Mei 2021 adalah berkaitan.
2. Sebagaimana Tuan/Puan sedia maklum, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan pada 22 Mei 2021 telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diperketatkan bermula 25 Mei sehingga 7 Jun 2021.
3. Sehubungan dengan itu, adalah saya diarahkan untuk memaklumkan bahawa operasi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjalan seperti biasa namun tertakluk kepada peraturan dan arahan tambahan yang lebih ketat. Semakan status terkini kes-kes sivil yang dijadualkan untuk pendengaran dan/atau pengurusan kes boleh dibuat secara dalam talian di pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/CauseList?cultureCode=ms
4. Perkhidmatan kaunter berikut di Mahkamah Kuala Lumpur hanya dibuka untuk perkhidmatan yang tidak ditawarkan secara atas talian dan melalui TEMUJANJI sahaja:
(i) Semua Kaunter Pendaftaran Mahkamah;
(ii) Kaunter Surat Kuasa Wakil;
(iii) Kaunter Biro Servis.
5. Bersama-sama ini dikepilkan dokumen-dokumen berikut untuk rujukan dan perhatian:
(i) Notis Urusan Kaunter Sepanjang Tempoh PKP 3.0 Diperketatkan bermula 25.5.2021 hingga 7.6.2021;
(ii) (Lampiran 1) Senarai Pegawai Penyelia Bahagian di Mahkamah Kuala Lumpur;
(iii) (Lampiran 2) Senarai Nama Pegawai Untuk Dihubungi bagi Bahagian Sivil, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur;
(iv) (Lampiran 2) Senarai Nama Pegawai Untuk Dihubungi bagi Bahagian Dagang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur; dan
(v) (Lampiran 2) Senarai Nama Pegawai Untuk Dihubungi bagi Bahagian Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
6. Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai penyelia bahagian dan pegawai mahkamah seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2. Perhatian dan kerjasama Tuan/ Puan dalam perkara di atas amatlah dihargai.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur