Circular No: 145/2020
Date: 9 November 2020
Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,
We have received a notification from the Director of e-Courts, Puan Hamidah Binti Mohamed Deril regarding the above matter.
The said notification is reproduced below for your attention and information.
Thank you.
Regards,
Harleen Kaur (Leena)
Nizam Bashir
Co-Chairpersons
Civil Practice and Court Liaison Committee
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman Tuan/ Puan, peluasan Sistem e-Kehakiman akan dilaksanakan di Mahkamah Rendah di Negeri Terengganu mulai 16 hingga 19 November 2020 seperti berikut:
3. Kerjasama Tuan/ Puan adalah dimohon untuk memaklumkan jadual pelaksanaan peluasan dan latihan Sistem e-Kehakiman kepada semua peguam dan pihak-pihak yang terlibat supaya proses pendaftaran pengguna, permohonan sijil digital dapat diselesaikan sebelum tarikh pelaksanaan sistem di lokasi peluasan.
4.Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi Puan Najlaa atau Puan Rosnaida di talian 03-8880 3529 / 3914 / 4152 atau melalui emel di ekehakiman@kehakiman.gov.my.
5. Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL
Pengarah
Bahagian e-Kehakiman
b/p Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 3, Istana Kehakiman
Presint 3, 62506 Putrajaya
Telefon : 03 88803531