Important Notification ~ E-Filing System Phase 2: Training Sessions on 7 to 9 June 2017

Important Notification ~ E-Filing System Phase 2: Training Sessions on 7 to 9 June 2017

Dear Members of the Kuala Lumpur Bar,

The 2nd Phase of the E-Filing System will be implemented at the Kuala Lumpur Courts commencing 13 June 2017.

Training sessions on the use of the new e-filing system will be held at the Kuala Lumpur Court Complex from 7 to 9 June 2017. Click here for the schedule. Members are strongly advised to attend this training.

The notification from the Court pertaining to the above is reproduced below for your reference.

Thank you.

 

Muhendaran Suppiah
Honorary Secretary
Kuala Lumpur Bar Committee

__________________________________________________________

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM E-KEHAKIMAN FASA 2 DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti pihak Tuan/Puan sedia maklum, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) akan melaksanakan sistem e-Kehakiman Fasa 2 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mulai 13 Jun 2017 (Selasa)

3. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa satu sesi latihan penggunaan Sistem eKehakiman Fasa 2 akan diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk pihak peguam mulai 7 Jun 2017 (Rabu) hingga 9 Jun 2017 (Jumaat). Disertakan bersama-sama ini jadual sesi latihan tersebut seperti di LAMPIRAN A untuk rujukan Tuan/Puan selanjutnya.

4. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, wakil-wakil firma guaman yang hadir adalah digalakkan untuk membawa laptop masing-masing untuk kegunaan semasa sesi latihan tersebut. Sekiranya pihak Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Assayidatun Najwa Binti Muhammad Nasution di talian 03-8880 9530 / 010-2326535 atau Puan Rosnaida Binti Abdul Razak di talian 03-8880 9528 / 012-9852571 atau melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my. 

Kerjasama pihak Tuan/Puan untuk membuat hebahan selanjutnya kepada peguam-peguam yang beramal di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL)
Timbalan Pendaftar,
Bahagian e-Kehakiman,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 3, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya.
Tel : 03-88803583

 

Kuala Lumpur Bar Committee

ADVERTISE WITH US

Advertise

CONTINUE THE CONVERSATION ON


Kuala Lumpur Bar Committee
+603 2693 1440
klbc@klbar.org.my
Unit 4.02, Level 4
Wisma Badan Peguam Malaysia*
No. 2, Leboh Pasar Besar
50000 Kuala Lumpur