Circulars

Notification of the relocation of Shah Alam Civil High Courts and Subordinate Courts

Dear Members of KL Bar,

Below is the reproduction of 2 circulars issued by the Selangor Bar Committee regarding the relocation of Shah Alam Civil High Courts and Subordinate Courts.

Please take note.

Warm regards,
Pushpa Ratnam
Chair
Civil Court Liaison Committee


SBC/CIR/049/10
22nd December, 2010

MAKLUMAT TENTANG PERPINDAHAN MAHKAMAH TINGGI (SIVIL SHAH ALAM)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

Sila ambil maklum bahawa 2 unit daripada Mahkamah Tinggi (Sivil) Shah Alam di Bangunan MRCB, Shah Alam akan memulakan operasinya di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula 1hb Januari 2011.

Unit-unit tersebut adalah NCVC (New Civil Cases) dan FLJC (Family, Land Reference, Judicial Review dan Companies Winding Up). Pengurusan dan pendengaran kes-kes Mahkamah NCVC Shah Alam adalah sama dengan NCVC di Mahkamah Kuala Lumpur iaitu pelupusan kes dalam tempoh 9 bulan.

Untuk makluman juga, Kaunter Registri Mahkamah Tinggi (Sivil) yang kini beroperasi di tingkat 3, Bangunan MRCB akan berpindah ke Tingkat LPH, berkuatkuasa 27hb Disember 2010. Mahkamah-Mahkamah yang berada di tingkat 3A, 5 dan 6 masih kekal.

Semua pendengaran dan pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar akan didengar di tingkat 3.

Dilampirkan bersama-sama ini kedudukan dan perubahan perpindahan Mahkamah dan Registri Unit yang berkaitan untuk rujukan pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Sekretariat,
Jawatankuasa Peguam Selangor.

SBC/CIR/050/10
29th December, 2010
MAKLUMAN PERPINDAHAN MAHKAMAH KE BANGUNAN ANNEX, KOMPLEKS MAHKAMAH SHAH ALAM, SELANGOR
Adalah dimaklumkan bahawa Mahkamah Sesyen dan Majistret (Sivil) Shah Alam telah berpindah dari bangunan MRCB,Shah Alam ke kompleks mahkamah (bangunan annex) dan telah mula bersidang dan beroperasi di bangunan baru mulai 20/12/2010.

Mahkamah Sesyen (Jenayah) Shah Alam dan Pejabat Pendaftaran (Jenayah), Mahkamah Sesyen dan Majistret telah berpindah dari Bangunan Lama, Kompleks Mahkamah ke Bangunan Baru (annex), Kompleks Mahkamah Shah Alam dan telah mula bersidang dan beroperasi mulai 27/12/2010. HANYA MAHKAMAH MAJISTRET (JENAYAH) 4 & 5, DAN MAHKAMAH MAJISTRET TRAFIK TIDAK TERLIBAT DENGAN PERPINDAHAN INI DAN MASIH BEROPERASI DI BANGUNAN LAMA KOMPLEKS MAHKAMAH SHAH ALAM, SELANGOR

Untuk makluman pihak tuan / puan, kedudukan Mahkamah Sesyen dan Majistret Sivil dan Jenayah di Kompleks Mahkamah (bangunan annex) adalah :-

NAMA

ARAS
PEJABAT PENDAFTARAN SIVIL DAN JENAYAH, MAHKAMAH SESYEN DAN MAJISTRET, SHAH ALAM dan KAUNTER BAYARAN
ARAS 3
PUAN SYAFEERA BT SAID
HAKIM MAH. SESYEN SIVIL 1
ARAS 4
TUAN ZAMAN BIN MOHD NOR
HAKIM MAH. SESYEN SIVIL 2
ARAS 4
PUAN ARLEEN BT RAMLY
HAKIM MAH. SESYEN SIVIL 4
ARAS 4
PUAN NIK HASLINIE BT HASHIM
MAJISTRET, MAH. MAJ. SIVIL 1
ARAS 4
PUAN ZARIFAH BT ZAINAL ABIDIN
MAJISTRET, MAH MAJ. SIVIL 2
ARAS 4
PUAN HASBI BT HASAN
HAKIM MAH. SESYEN JENAYAH 6
ARAS 7
TUAN WAN MOHD NORISHAM BIN WAN YAAKOB
HAKIM MAH. SESYEN JENAYAH 7
ARAS 7
TUAN MAT GHANI BIN ABDULLAH
HAKIM MAH. SESYEN JENAYAH 8
ARAS 8
TUAN AZHANIZ TEH BIN AZMAN TEH
HAKIM MAH. SESYEN JENAYAH 9
ARAS 8
PUAN LATIFAH BINTI HJ. MOHD. TAHAR
HAKIM MAH. SESYEN JENAYAH 5
ARAS 9
DATIN NURSINAH BT ADZMI
HAKIM MAH. SESYEN SIVIL 3
ARAS 9

Sekali lagi dimaklumkan, pihak Mahkamah telah menyediakan kemudahan tempat letak kereta (parking lot) bagi peguam dan orang awam di BAHAGIAN BASEMENT bangunan annex ini. Terdapat 116 tempat meletak kereta (parking lot) di bahagian tersebut. Namun begitu, Tuan / Puan masih juga boleh meletakkan kenderaan tuan / puan di tempat letak kereta terbuka di kawasan kompleks Mahkamah sepertimana sekarang.

Sekian, untuk makluman pihak tuan / puan.

Sekretariat,
Jawatankuasa Peguam Selangor.