Circulars

Notification from the Wilayah Land Office – Upgrading of Biometric System Version 2.0

 

Dear KL Bar Members,

 

The KLBC had received a notification from the Wilayah Land Office in regard to the upgrading of the Biometric System to Version 2.0 commencing from 11 April 2011. Below is the reproduction of the said notification.

 

Members to take note.

 

Warm regards,

Agnes Chan Kim Hong

Chairperson

Conveyancing Practice Committee

 

 

Naiktaraf Sistem Biometrik Versi 2.00

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

  1. Bhg Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Biometrik versi 2.00 telah dinaik taraf di Bahagian Pendaftaran, PPTGWPKL pada 9 April 2011. Sehubungan itu, mulai 11 April 2011, semua wakil firma yang telah berdaftar dalam Sistem Biometrik dikehendaki ke Kaunter Pendaftaran Wakil (No.18) terlebih dahulu untuk mendaftarkan cap jari untuk simpanan pangkalan data sebelum membuat perserahan Urusniaga dan Bukan Urusniaga. Sila bawa bersama MyKad Asal untuk tujuan pengesahan. Proses ini hanya perlu dilaksanakan SEKALI sahaja bagi setiap wakil (walaupun berdaftar dengan beberapa firma berbeza). Selepas mendaftarkan cap jari, pengesahan cip MyKad tidak perlu dilaksanakan di kaunter perserahan seperti amalan sebelum ini. Bersama ini disertakan FAQ (please click on the right hand corner) sebagai rujukan.
Adalah diharapkan projek naiktaraf ini dapat meningkatkan kelancaran urusan di kaunter. PPTGWPKL memohon supaya makluman ini diedarkan kepada semua firma guaman. Kerjasama Y. Bhg Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

NOR AZURA BINTI ABDUL RAHMAN

Penolong Pengarah

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Tel : 03-26103403

No. Faks : 03-26103494

 

Sila layari www.ptgwp.gow.my untuk maklumat lanjut. Penambahbaikan terkini (berkaitan Bahagian Pendaftaran):-

  1. Senarai sebab Tolak & Gantung bagi urusniaga dan bukan urusniaga (kemaskini pada 17 Mac 2011).
  2. Senarai institusi disenarai dalam Jadual Kedua dan Jadual Ketiga Enakmen Rizab Melayu (kemaskini 4 April 2011).