Circulars

Notification from the Wilayah Land Office: Online Status of Consent Application

Dear Members of the KL Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has received a notification from Ahmad Aizat Bin Jamlus,  Assistant Director, Transfer Unit of the Wilayah Land office dated 11 March 2015 regarding the above.

The said notification has been reproduced below. Members kindly take note.

 

Jacky Loi Yap Loong
Chairperson
Corporate and Conveyancing Practice Committee


MAKLUMAN e-SEMAKAN STATUS PERSERAHAN CONSENT

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Tuan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, mulai 2 Mac 2015, semua Perserahan Kebenaran Pindahmilik/Gadaian (Consent) boleh disemak secara online melalui aplikasi e-Semakan di portal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) di pautan www.ptgwp.gov.my. Kemudahan ini boleh digunakan dalam dua versi desktop dan mobile. Orang awam hanya perlu mengunci masuk nombor fail perserahan di ruang yang disediakan. Terdapat empat kategori status perserahan fail yang akan dipaparkan iaitu ;

  1. Status fail yang sedang diambil tindakan;
  2. Status fail yang sedia dikutip;
  3. Status fail yang telah dikutip;dan
  4. Status nombor fail yang tidak dijumpai.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menghebahkan maklumat ini kepada firma-firma guaman yang berurusan dengan Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Memandangkan kemudahan ini masih baharu dan sedang dalam pemerhatian, sebarang komen/aduan/cadangan boleh diajukan kepada pihak Bahagian Pengurusan Maklumat PTGWPKL untuk sebarang penambahbaikan sistem ini.

5. Bersama-sama ini juga dilampirkan Manual Pengguna Bagi e-Semakan Perserahan Consent untuk rujukan pihak tuan/puan. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Klik di sini untuk manual tersebut.

Sekian, salam hormat.

“SEKATA KITA KOTA”

 

Ahmad Aizat Bin Jamlus
Penolong Pengarah
Unit Pindahmilik
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
E-mel: ahmadaizat@ptgwp.gov.my