Circulars

Notification from Klang Land Office

PER: PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN PERINTAH JUAL (16G)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Dukacita dimaklumkan terdapat firma guaman yang mengemukakan permohonan di atas dengan¬†mengemukakan maklumat nama pemegang gadai yang berbeza di borang 16G dan ‘164.

3. Sehurbungan itu, pihak kami memohon kerjasama tuan untuk memaklumkan dan menasihatkan firma-firma guaman di Negeri Selangor yang ingin membuat permohonan untuk mendapatkan Perintah Jual (16G) di pejabat ini supaya mendaftarkan ‘Perletakhakkan Mahkamah (Vesting Order)’ dan ataupun ‘Tukar Name’ terlebih dahulu sekiranya terdapat perubahan nama pemegang gadai (bank).

4. SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA, arahan ini akan berkuatkuasa mulai 4 OGOS 2009.Permohonan yang tidak mematuhi arahan di atas akan ditolak terus dari kaunter.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

MD KHAIRULNIZAM BIN MOHD MISNAN
Penolong Pentadbir Tanah (Pendafataran) 1
Pentadbir Tanah,
Klang.