Circulars

Notification From e-Kehakiman Regarding Applications For Refunds

Dear Members of the KL Bar,

The Kuala Lumpur Bar Committee has received a notification from Tuan Muhammad Najib Bin Ismail, Senior Assistant Registrar of the e-kehakiman Division, Chief Registrar Office on 7 September 2015 regarding the above.

The said notification has been reproduced below. Members please take note.

Harleen Kaur (Leena)
Chairperson
Civil Practice Committee


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/ Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengambil ketetapan bahawa setiap permohonan untuk pengembalian fi pemfailan hendaklah dimajukan kepada Bahagian e-Kehakiman untuk pertimbangan dan kelulusan.

3. Justeru itu, bersama-sama ini disertakan surat bertarikh 3 September 2015 daripada Y.Brs. Tuan Ketua Pendaftar, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia berhubung perkara tersebut di atas untuk perhatian dan tindakan YBhg. Dato’/ Datin/Tuan/Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Muhammad Najib Bin Ismail
Penolong Kanan Pendaftar
Bahagian e-Kehakiman
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Putrajaya