Circulars

Establishment of Courts NCvC 11, NCvC 12 and NCvC 13 within the Kuala Lumpur High Court Civil Division w.e.f. 1 January 2015

Dear Members of the KL Bar,

Below is the reproduction of a notification from Puan Hilmiah binti Yusof, Deputy Registrar of Civil Division of the Kuala Lumpur HIgh Court dated 24 December 2014 regarding the above.

Click here for a copy of the said announcement.

Please take note.

HR Dipendra and Harleen Kaur
Co-chairpersons
Civil Practice Committee


Pengumuman Penubuhan Mahkamah NCvC 11, NCvC 12 dan NCvC 13 di Bahagian Sivil, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2) Dengan sukacitanya adalah dimaklumkan bahawa atas arahan YA Dato’ Azahar bin Mohamed, Hakim Pengurus Bahagian Sivil , mahkamah-mahkamah berikut akan dinamakan semula (re-designated) seperti di bawah:-

• Mahkamah OCvC 7 (YA Datuk Su Geok Yiam) akan dikenali sebagai NCvC 11;
• Mahkamah OCvC 6 (YA Puan Siti Khadijah binti S. Hassan Badjenid) akan dikenali sebagai NCvC 12;
• Mahkamah OCvC 8 (YA Tuan Azizul Azmi bin Adnan) akan dikenali sebagai NCvC 13.

3) Adalah juga dimaklumkan bahawa arahan ini adalah berkuatkuasa bermula 1 Januari 2015. Bersama-sama ini juga saya sertakan notis pengumuman berkenaan perkara ini yang akan ditampal di papan kenyataan di sekitar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Bahagian Sivil untuk makluman dan rujukan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Hilmiah binti Yusof
Timbalan Pendaftar
Unit Hakim Pengurus,
Bahagian Sivil NCvC
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Tel : 03-62094153